Siakap Keli

Redah Cuaca Sejuk Beku Dan Gunung Ganang, Pemuda Ini Dan Rakan Kayuh Basikal Dari UK Ke Malaysia

Amir Arsad atau lebih dikenali sebagai Muhammad Amir Arsad di laman Facebooknya telah mengharungi musim sejuk dengan hanya menaiki basikal bersama dengan 2 lagi rakannya yang lain iaitu Azmeer dan Iggy atau nama sebenarnya (Faizul) dalam ekspedisinya yang bermula dari United Kingdom menuju ke Malaysia.

Menurutnya dalam perjalanan menuju ke Almati, salji turun dengan agak lebat. Masuk hari ke 3 selepas dia dan rakannya meninggalkan Kyrgyzstan. Beliau dan rakan-rakannya telah menghabiskan masa selama seminggu di Bishkek dan tinggal di hostel bersama keluarga tempatan yang ditemui menerusi aplikasi Couchsurfing.

Gambar: FB Amir

Disebabkan oleh cuaca turun di bawah paras 0 darjah  serta salji turun dengan lebat, tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh beliau dan rakannya seperti pergi ke daerah lain bagi melihat sendiri dengan lebih dekat pemandangan gunung-ganang yang hijau dan juga merasai pengalaman untuk hidup sebagai orang Kyrgz di luar bandar kerana kekangan cuaca pada masa tersebut.

Amir juga turut menyatakan bahawa bagi urusan keluar masuk dari negara ini tidak mudah kerana beliau dan rakannya perlu mendaki bukit dan melalui kawasan tinggi untuk ke Almati menggunakan jalan yang menghubungkan Bishkek dan Almati. Namun, perkara itu tidak mematahkan semangat 3 orang anak muda ini untuk meneruskan ekspedisinya.

Gambar: FB Amir Arsad

Beliau dan rakan-rakannya juga turut dipelawa oleh orang tempatan untuk bermalam di rumah kerana memahami situasi mereka yang sedang menghadapi kesukaran mengharungi cuaca sejuk lebih-lebih lagi dengan salji yang turun dengan lebat. Pada beliau itulah lumrah yang perlu dihadapi oleh setiap penggembara yang merantau di  negara orang.

Selain itu, beliau turut menyatakan bukan mudah untuk tinggal di tempat yang mengalami musim sejuk ini kerana pada musim ini kebanyakan jalan raya ditutup dan masyarakatnya mudah mendapat penyakit. Mereka juga perlu menyimpan bekalan dan kayu bakar khusus untuk musim sejuk ketika musim panas kerana bukan setiap rumah di sini akan menggunakan gas untuk menghangatkan rumah tetapi juga turut menggunakan kayu bakar.

Gambar: FB Amir Arsad

Dia turut berterima kasih kepada penduduk tempatan yang tidak lokek untuk melayani tetamu walaupun beliau dan rakan-rakannya merupakan orang asing. Menurutnya lagi kos untuk kembara berbasikal ini agak sedikit jika dibandingkan dengan pengembara-pengembara berbasikal dari negara lain. Berkat doa seorang musafir, rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk yang membuatkan dia dan rakan-rakannya masih tekad meneruskan ekspedisinya ke Malaysia.

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"