Siakap Keli

CEO Tesla, Elon Musk Diiktiraf Manusia Terkaya Di Dunia Dengan Harta Lebih RM 747 Bilion, Atasi Jeff Bezos

CEO Tesla, Elon Musk kini diiktiraf sebagai manusia terkaya di dunia dengan aset melebihi USD 185 bilion (RM 747 bilion).

Kenaikkan saham Tesla pada Khamis menyaksikan kedudukan Musk melonjak mengatasi Jeff Bezos yang memegang tampuk manusia terkaya di dunia sejak 2017, dengan aset sebanyak USD 184 bilion.

Peningkatan kekayaan Musk juga diiktiraf sebagai terpantas dalam sejarah. Pada permulaan 2020, kekayaan yang dimilik Musk hanyalah sebanyak USD 27 bilion dan beliau malahan menghadapi kesukaran untuk memasuki ranking 50 manusia terkaya di dunia ketika itu.

Bagaimanapun, peningkatan saham Tesla secara mendadak menyaksikan kekayaannya bertambah melebihi USD 150 bilion sepanjang tahun berkenaan.

Pada Julai 2020, Musk mengatasi Warren Buffett untuk menjadi manusia ketujuh terkaya di dunia. Seterusnya pada November, Musk berjaya memotong Bill Gates untuk menjadi manusia kedua terkaya di dunia.

Saham Tesla diniagakan sekitar USD 790 sebelum meningkat sebanyak 4 peratus pada Khamis. Nilai pasaran Tesla ketika ini dianggarkan pada USD737.6 bilion.

Sumber: CNBC

Sofea

There's always another side to every story