Siakap Keli
Gambar Via Google

Modal Tak Banyak? Ketahui Tips Untuk ‘Transform’ Rumah Baharu Dengan Gaya Mewah

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ketika ini, ia pastinya merupakan waktu-waktu yang sukar bagi sesetengah orang untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Tambah pulak buat yang baru kahwin, pasti korang pening memikirkan banyak benda termasuk tempat tinggal. Manakan tidak, banyak kos yang nak kena fikir apabila masuk ke rumah baharu termasuk kos untuk deko rumah.

Tipu la kalau tak teringin nak deko cantik-cantik untuk rumah pertama kan, mestilah inginkan hasil yang terbaik.

Tapi korang tak perlu pening-pening, nak bagi rumah nampak cantik dan mewah tak semestinya perlu gunakan barang yang mahal.

Ada beberapa tips berserta tricks yang sangat special bagi pasangan yang nak transform rumah pertama seperti rumah mewah tapi gunakan bajet yang rendah saja. Jom tengok dekat bawah ni!

1. Pilih skim atau tona warna yang sesuai untuk dinding rumah

Bila mendeko kediaman, apa yang perlu dititikberatkan adalah warna dinding yang akan menentukan mood pada sesebuah ruang.

Pemilihan warna yang sesuai dengan konsep yang diinginkan sangat penting kerana ruang di dalam rumah akan kelihatan lebih bermakna.

Gambar Via Pinterest

Menurut Mymove.com, ada dua pilihan warna yang boleh dipilih untuk menampakkan kediaman kelihatan ‘glamor’ dan elegan iaitu warna neutral atau lembut dan warna dramatik.

Jika korang pilih warna lembut, ia juga mudah untuk dipadankan dengan kelengkapan rumah yang lain, selain menjadikan ruang tampak lebih luas. Namun, ia juga bergantung kepada pemilihan personaliti warna yang korang gemari.

Korang juga kena berani mencuba sesuatu yang baharu seperti mengecat ruang kediaman menggunakan warna hitam dan biru gelap, ditambah pula dengan aksesori yang bersesuaian. Ia pastinya akan kelihatan lebih mewah dan ‘garang’.

Bercakap mengenai skim warna yang sesuai, korang boleh menggunakan variasi cat dari Nippon Paint yang pastinya akan memberikan hasil yang terbaik pada dinding kediaman.

Kalau korang bosan tengok dinding kosong je, korang boleh gunakan Nippon Paint Momento Textured Series yang merupakan cat kesan khas, ia akan membuatkan dinding biasa akan bertukar menjadi karya yang sangat luar biasa.

Dengan siri momento ini, korang boleh DIY sendiri corak-corak yang diinginkan sesuai dengan dekorasi lain di dalam rumah.

Ada lima pilihan yang korang boleh pilih daripada Momento Textured Series ini iaitu Elegant, Elegant Gold, Sparkle Silver, Sparkle Gold dan Sparkle Pearl.

Pastinya, warna-warna yang terdapat dalam Momento ini akan menyerlahkan suasana kediaman moden dan eksklusif.

Untuk dinding warna solid, korang boleh gunakan Nippon Paint VirusGuard yang diformulasikan khas untuk melindungi korang dari sebarang virus dan bakteria yang berbahaya seperti Koronavirus Manusia, H1N1, HFMD, E.coli dan MRSA, selain mempunyai warna yang solid.

Dengan keadaan sekarang, ia pastinya menjadi pilihan yang tepat untuk melindungi keluarga daripada segala jangkitan virus yang berbahaya.

Banyak pilihan warna yang boleh digunakan oleh korang bagi menghasilkan gaya mewah, korang boleh layari laman web Nippon Paint ini untuk lihat banyak lagi warna lain.

2. Pentingkan pencahayaan dalam rumah

Tapi jangan lupa, pencahayaan dalam rumah juga perlu diberi perhatian. Ia merupakan salah satu ‘disiplin’ penting bagi dekorasi dalaman yang baik.

Ada sesetengah warna lampu terkadang tidak sesuai dengan warna dinding dan menjadikan ruang kelihatan terlalu suram.

Gambar Via Pinterest

Untuk nampak lebih classy, elakkan guna lampu kalimantang. Korang boleh mendapatkan lampu pelbagai bentuk di online shop dengan harga bawah RM50.

Portal Lushome.com menjelaskan bahawa lekapan lampu yang kreatif dan unik berbentuk topi dan tin, chandeliers yang diperbuat daripada peralatan dapur, lampu dinding tembaga, lampu geometri dan lampu loket dengan mentol yang terdedah membawa idea pencahayaan moden yang mencerminkan trend terkini dalam mendekorasi rumah.

Banyak rekaan lampu moden yang murah dan menarik, ia akan menyerlahkan keunikan dekorasi di dalam rumah korang.

Gambar Via Design Cafe

Namun perlu diingat bahawa saiz ruang juga perlu diambil kira semasa membeli lampu sebab kalau ruang tu kecil, guna satu lampu pun dah cukup untuk menerangi.

Gambar Via Pinterest

Warna dinding sememangya akan mempengaruhi suasana persekitaran, korang perlu memilih warna yang sesuai dengan pencahayaan di dalam rumah kerana jika korang menggunakan lampu bercahaya kuning, ia akan menyebabkan keseluruhan sekeliling rumah kelihatan lebih gelap.

Selain itu, korang juga boleh menggunakan semula barang hiasan dengan mengecatnya menggunakan warna yang sesuai untuk menampakkan persekitaran kelihatan minimalis.

Kalau nak lebih senang untuk DIY, korang boleh guna cat yang berasaskan air daripada Nippon Paint seperti Hydro Finish yang merupakan cat untuk kayu dan besi dan Hydro Wood iaitu cat varnis untuk kayu.

Perlu diakui bahawa terkadang susah untuk mendapatkan perabot atau aksesori berwarna yang sesuai dengan suasana di dalam rumah tapi korang sebenarnya boleh mengubahnya dengan mengecat perabot tersebut.

Nippon Paint sememangnya menawarkan pelbagai warna yang sesuai dengan keperluan korang.

3. Padankan dengan perabot yang sesuai

Tak lengkap rasanya jika rumah tak mempunyai perabot. Walaupun bagi rumah yang bersaiz kecil, perabot akan menjadi salah satu tumpuan utama bagi tetamu.

Tapi berpada-pada, jangan terlalu sarat sehingga pening nak susun dan alih.

Gambar Via Pinterest

Bagi menampakkan kediaman yang mewah, tak semestinya kena beli sofa atau almari yang mahal-mahal, banyak kedai atau gedung perabot secondhand yang menawarkan harga berpatutan sesuai dengan bajet korang tapi kualitinya tetap sama.

Jangan risau kalau warna almari atau rak yang dibeli itu nampak tak menarik, korang boleh makeover sendiri perabot tersebut.

Macam mana nak makeover? Korang boleh cat perabot tersebut ikut citarasa sendiri tapi perlulah sepadan dengan warna dinding dan kelengkapan rumah yang lain.

Korang boleh cat semula perabot tersebut menggunakan variasi cat Wood dan Metal dari Nippon Paint iaitu 9000 Gloss Finish tanpa perlu risau warna akan luntur atau nampak tak sekata.

Bagi menampakkan perabot tersebut lebih classy dan mewah, korang boleh menambahkan Gold Paint pada perabot tersebut untuk menghias permukaan perabot kayu dan besi dengan penggunaan primer yang betul.

Selain mempunyai kemasan emas yang tahan lama, Gold Paint juga akan meratakan pigmen logam pada permukaan substrat.

Tidak cuma itu, Gold Paint juga membantu menyerlahkan ruangan dinding rumah korang dengan sentuhan yang mewah dan elegan.

Seperti dinding di rumah Izzati Filzah ini yang mempunyai corak yang sangat menarik dan menyerlahkan gaya mewah.

Gambar Via Izzati Filzah
Gambar Via Izzati Filzah

Melalui perkongsiannya yang telah tular di Facebook sejak beberapa bulan yang lalu, Izzati dan suaminya terlebih dahulu mengecat dinding dengan menggunakan cat warna hitam daripada Nippon Paint dan akhirnya dikemaskan dengan Nippon Paint Gold Paint.

Mudah sebenarnya nak ubah rumah jadi macam rumah mewah, hanya perlu sedikit kreativiti dan pemilihan cat yang sesuai dengan semua keperluan rumah.

Sementara itu, ada sesetengah perabot yang hanya mempunyai warna hitam atau putih, jadi korang boleh mengubahnya dengan warna yang sesuai dengan suasana di dalam rumah.

Kesemua cat tersebut akan memberikan hasil yang terbaik bagi sesebuah perabot, tak perlu nak beli perabot mahal-mahal, duit pun boleh simpan untuk keperluan lain.

4. Jangan lupa letak pokok-pokok hidup

Disamping aksesori lain, rupa dan feel di dalam rumah akan berubah apabila menambah pokok-pokok hidup.

Manakan tidak, penjagaan tanaman di dalam rumah akan mengurangkan tekanan dari segi psikologi selain membantu memberikan udara yang lebih segar.

Gambar Via The Spruce

Korang tak semestinya kena beli pokok yang besar, tekankan juga kesesuaian saiz rumah dan peletakan aksesori lain. Jangan risau, pokok-pokok tersebut tidak akan menenggelamkan suasana mewah di dalam rumah jika ia dideko dengan betul.

Gambar Via Stuff.com

Antara pokok-pokok yang boleh korang beli ialah Golden Pothos, Succulents, Devil’s Ivy dan Monstera Deliciosa. Kesemua pokok itu boleh didapati di platform shopping dalam talian dengan pelbagai harga mengikut saiz, kebanyakan darinya boleh dibeli dengan harga bawah RM80.

5. Nak ‘hack’ jubin? Jangan risau, ia boleh dicat

Bila mendekorasi rumah, korang jangan lupa pula pada jubin. Mengecat jubin boleh mengurangkan kos untuk hacking yang sememangnya bernilai tinggi.

Bagi korang yang masih tak tahu, sistem salutan yang terbaik untuk jubin adalah Nippon Paint Tile Primer dengan Nippon Paint Aqua Epoxy(Matt Finishing) atau Nippon Paint EA4 Finish (Gloss Finishing) yang juga merupakan cat yang tahan lama.

Kesemua salutan cat tersebut terdapat dalam pelbagai warna dan ia dapat menghalang pertumbuhan kulat.

Guna Nippon Paint je, boleh #PaintAllSurfaces

Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan cat dari Nippon Paint dan makeover rumah korang dengan gaya mewah.

Dengan adanya Nippon Paint yang boleh mengecat semua jenis permukaan di dalam rumah, korang tak perlu lagi risau dengan sebarang cela atau kekurangan yang ada pada rumah baru korang.

Korang kini boleh membeli cat dan menikmati kemudahan melalui kedai dalam talian Nippon Paint. Lebih menarik, Nippon Paint juga kini menawarkan Bundle Set untuk anda.

Untuk dapatkan cat Nippon Paint yang lain dan ketahui fungsi kegunaannya, korang boleh tengok DISINI.

Dalam pada itu, korang pasti takut dengan keadaan sekarang ni kan. Yela, virus atau bakteria tu bukannya boleh nampak, bimbang bila memikirkan family semua.

Ada ke orang tak sayang  family dan sanggup tengok dorang sakit? Tentulah takde. Haa, sebab tu lah korang kena guna Nippon Paint VirusGuard yang memang terbukti secara saintifik boleh menghapuskan 99.9% virus dan bakteria yang bahaya. Nak tahu lebih lanjut pasal VirusGuard ni, korang boleh layari DISINI.

Sofea

There's always another side to every story