Siakap Keli
Gambar : Mirror

(Video) “Saya Ingin Membantu, Tapi Tak Tahu Bila..,” Jururawat Dijangkiti Covid-19 Ungkap Kesedihan Tak Dapat Bantu Rakan Yang Lain

Seorang jururawat barisan hadapan pandemik coronavirus mengatakan bahawa dia ‘tak berdaya’ ketika dimasukkan ke hospital akibat daripada penyakit itu.

Jururawat daripada University Norfolk dan Norwich daerah Norwich Estrella Catalan mengatakan dia berharap sangat segera sembuh untuk bekerja semula dan membantu rakan-rakannya berjuang melawan virus itu.

Jururawat bahagian jabatan kecemasan menunjukkan reaksi penuh emosional kepada BBC ketika ditemuramah di katil hospital. Dia yang memakai alat bantuan pernafasan dilihat mula menangis ketika mengatakan dia ingin kembali bekerja untuk membantu rakan-rakan lain yang kini merawatnya sebagai pesakit.

Nafas jururawat itu tersekat-sekat dan kedengaran agak susah serta serak ketika dia mengatakan “saya ingin membantu, tetapi tidak tahu bilakah masanya.”

Gambar : Mirror

“Saya tak kisah sekiranya bekerja sepenuh masa untuk menjalankan amanah, tetapi, saya terbaring di sini sebagai seorang pesakit..”

Dia meneruskan kata, “Saya tak berdaya..”

Menurut angka rasmi terkini, Norwich mencatatkan kadar sebanyak 485.2 jangkitan Covid-19 baru per 100,000 orang, berbanding 352.8 pada minggu sebelumnya.

Menurut laporan berita tempatan, hospital Norfolk dan Norwich (NNUH), James Paget dan Queen Elizabeth telah memberikan amaran bahawa kemasukan pesakit yang semakin meningkat akan memberi tekanan yang hebat terhadap perkhidnatan kesihatan barisan hadapan.

Gambar : Mirror

NNUH dilaporkan terpaksa membatalkan banyak operasi pada hari Rabu demi menangani peningkatan kemasukan pesakit positif.

Jurucakap hospital memberitahu Eastern Daily Press, “Kapasiti untuk rawatan intensif di NNUH biasanya sekitar 20 katil tersedia.

“Namun, ia nya meningkat dua kali ganda sejak minggu lalu dan terdapat perancangan untuk meningkatkan kapasiti rawatan kritikal kepada 80 katil sebagai sebahagian daripada tindakan kami terhadap Covid-19 di seberang Kompleks Penjagaan Kritikal dan wad yang lain.”

Sumber : Mirror

Aziezzan