Siakap Keli

Peluh Bersusu, Ini Hal Pelik Berlaku Pada Platipus Begenetik Separa Burung, Mamalia Dan Reptilia

Platipus benar-benar salah satu mahluk paling pelik di muka Bumi. Bagaimana tidak, haiwan yang berasal dari Australia ini memiliki bulu yang bersinar di dalam gelap, ‘berpeluh’ susu, malah bertelur meskipun haiwan tersebut merupakan mamalia. Selain itu, masih ada beberapa perkara pelik lain yang dimiliki platipus. Hal tersebut membuat penyelidik hingga kini tertanya-tanya mengapa itu boleh terjadi. Kini untuk pertama kalinya, misteri keanehan platipus mula kuat setelah peta lengkap genom platipus dikeluarkan.

“Analisis genom lengkap telah memberi kami jawapan bagaimana beberapa ciri aneh platipus itu boleh muncul,” kata Guojie Zhang, ahli biologi dari Universiti Kopenhagen, seperti dipetik dari artikel Science Alert. Pada waktu yang sama, memecahkan kod genom platipus ini boleh membantu penyelidik untuk meningkatkan pemahaman bagaimana mamalia lain berevolusi, termasuk manusia. Dari hasil kajian yang telah disiarkan di Nature, keanehan-keanehan platipus itu terjadi kerana gen platipus relatif tidak berubah dari moyangnya. Nenek moyang terakhir mereka hidup hingga 57 juta tahun yang lalu.

Setelah menganalisis kromosom seks platipus, kajian mengungkap pula jika platipus memiliki campuran aneh dari beberapa kelas haiwan vertebrata, termasuk burung, reptile dan mamalia. Pada mamalia, biasanya mengandungi pasangan XY sederhana. Sementara platipus, adalah satu-satunya haiwan dengan 10 kromosom seks, 5X dan 5Y yang tersusun dalam cincin yang nampaknya telah pecah berkeping-keping selama evolusi mamalia.

Setelah dibandingkan dengan beberapa haiwan vertebrata, penyelidik menemukan bahawa kromosom seks platipus memiliki lebih banyak kesamaan dengan burung daripada mamalia. Anehnya, meski berkembang biak dengan bertelur, platipus tetap menyusui anaknya seperti mamalia. Susu itu tidak dikeluarkan melalui puting susu melainkan dari kelenjar laktasi yang terdapat di kulit seperti berpeluh. Oleh yang demikian, platipus tak tergantung pada protein telur seperti burung dan reptile lainnya.

Platipus nampaknya telah kehilangan sebahagian besar gen yang menyokong kemampuan itu sekitar 130 juta tahun yang lalu. Analisis genom lengkap juga mengungkapkan hilangnya empat gen yang terkait dengan perkembangan gigi, yang mungkin menghilang sekitar 120 juta tahun yang lalu. Untuk makan, platipus sekarang menggunakan sepasang piring seperti tanduk untuk menggiling makanannya.

Sumber- Science Alert

Faiz Mustafa