Siakap Keli
Gambar via @kumaarfamily (twitter)

(Video) “Apa Kamu Cakap Tadi?”, Sebutan Bawang Merah Jadi Lain, Cubaan Suami Ajar Isteri ‘Omputih’ Cakap Bahasa Melayu Dipuji Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Cinta antara dua negara dianggap sebagai suatu hubungan yang unik bahkan menjadi perhatian kerana bukan mudah bagi individu itu untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek seperti bahasa, makanan, tempat dan sebagainya.

Namun tidak bagi pasangan Malaysia-Amerika ini atau dikenali sebagai Kumaar Family di media sosial di mana memaparkan sebuah rakaman video yang menunjukkan gelagat Logesh dan isterinya, Rachel di pasaraya sehingga mencuri perhatian warganet.

Difahamkan, Logesh memberi satu cabaran kepada isterinya di mana Rachel perlu mencari bawang merah atau ‘red onion’ di pasaraya berkenaan. Disebabkan kurang penguasaan dalam Bahasa Melayu, kita dapat melihat kegigihan isterinya dalam memahami perkataan tersebut.

Namun perkara yang mencuit hati adalah apabila isterinya menyebut ‘burung merah’ tatkala suaminya berulang kali untuk membetulkan sebutan itu. Walau begitu, Logesh tetap akan berusaha untuk memberi tunjuk ajar dan membantu isterinya dalam memahami dan menguasai Bahasa Melayu.

Bagaimanapun, rakaman video tersebut berjaya meraih lebih 374.9 ribu tontonan dan 29.6 ribu tanda suka. Bukan itu sahaja, para warganet juga tidak melepaskan peluang dengan memberi komen kata-kata semangat dan terdapat segelintir yang bangga melihat tindakan lelaki tersebut untuk mengajar isterinya fasih Bahasa Melayu.

Sumber: kumaarfamily (twitter), Kumaar Family (youtube)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia