Siakap Keli
Foto: Izatul Israq

Elak Majlis Akad Nikah Ditunda Kerana PKP, Pasangan Ini Pakai Baju Kerja Bernikah ‘Mengejut’ Di Pejabat Agama Semalam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap pasangan pengantin terutamanya wanita pastinya mengimpikan baju kahwin yang cantik dan majlis perkahwinan yang meriah kan? Siapa yang tak mahu tampak cantik di hari bahagia.

Namun lain pula dengan kisah seorang wanita ini apabila mengayakan baju kerja sebagai persalinan waktu pernikahan mereka. Tetapi bukanlah sebab baju tak siap atau butik buat hal tetapi mereka diijab kabul sebelum Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan.

Ya, banyak hikmah yang dapat sepanjang perlaksaaan PKP ini. Salah satunya kisah daripada pasangan pengantin Izatul Israq dan Shah Rezza Arbaei ini.

“Ye, Islam itu mudah kan. Baju tiada masalah, saya nikah guna baju kerja…”

Assalamualaikum.

Di hari terakhir kita bebas sebelum PKP, saya selamat dinikahkan. Semua benda jadi tanpa sebarang planning. Saya and suami eh dah ada suami rupanya. okay.

Kami struggle call pejabat agama and tanya macam mana urusan nikah yang sepatutnya pada 01 Feb 2021, so pejabat agama bagi option sama ada tunda and borang kena buat semula atau nikah by today.

Call mak abah explain everything, kami semua decide nikah harini. And yes , sy tengah kerja and ambil el untuk today and suami saya dari siap-siap nak pergi kerja terus ke pejabat agama.

Terima kasih mak Saudah Napiah , abah Abuhashim Hashim , sedara mara dan sahabat yg membantu saya memudahkan urusan saya harini.

Dan ye, saya nikah guna baju kerja. Thankyou everyone. Dengan sekali lafaz, dia suami saya. Ye, Islam itu mudah kan. Baju tiada masalah. Alhamdulillah. Finally, husband and wife.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Sah. Saya isteri dia.

Semoga pasangan ini kekal hingga jannah, InshaAllah.

Sumber: Izatul Israq

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang