Siakap Keli
Gambar Hiasan(Kecil) via Google

(Video) Ada Kanak-Kanak Dalam Rumah, Ular Hitam Berbisa Ditemui Melingkar Sekitar Kasut Undang Kerisauan

Satu rakaman video yang dikongsikan oleh sebuah akaun Facebook bernama WILD pastinya akan memberikan perasaan ngeri kepada anda.

Video tersebut memaparkan penangkapan seekor ular yang berwarna hitam daripada kasut dan timbunan barangan lain.

Menurut The Daily Telegraph, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Leppington, New South Wales, Australia pada 12 Januari lalu.

Dalam kapsyen yang dimuat naik bersama video tersebut, akaun Facebook terbabit menyatakan bahawa ular berkenaan telah masuk ke rumah itu untuk menyejukkan diri selepas suhu di barat daya Sydney pada hari selasa mencapai setinggi 30 darjah celsius.

Sumber: The Daily Telegraph

Aqmal Ezany

I write what is right