Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Buat 2 Kerja Pun Susah Nak Beli Rumah, Video Merdeka Ini Pamer Realiti Hidup Di Bandar

Video Merdeka

Hidup ini tak semudah yang kita sangkakan. Ranjau dan onak duri sentiasa ‘mengejar’ kita dan silih berganti dengan kegembiraan.

Lebih berat, kadangkala apa yang kita impikan tidak berlaku seperti yang diharapkan. Maka yang tinggal hanyalah kekecewaan, kesedihan dan rasa putus asa.

Namun begitu, ujian yang datang tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita cepat mengalah. Percayalah, di sebalik setiap kesulitan, pasti ada kemudahan.

Begitu juga apabila berbicara soal rezeki, kerjaya dan wang ringgit. Pendapatan setiap orang berbeza. Ada yang mempunyai pendapatan tetap dan ada juga yang terpaksa ‘kais pagi, makan pagi’.

Namun, berkat usaha yang berterusan dan doa penuh harapan, apa yang diimpikan akhirnya mampu direalisasikan.

Begitulah kisah seorang penghantar makanan yang dikenali sebagai Abdullah.

Berkelana ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, Abdullah yang menyewa sebuah bilik kecil di bandar berdepan kekecewaan apabila gagal dalam beberapa temu duga.

Sehinggalah dia membuat keputusan untuk menjadi penghantar makanan. Namun, ketika itulah ujian getir terus menimpanya.

Ujian demi ujian

Selain perlu berdepan dengan karenah pelanggan, Abdullah juga mula berasa tidak selesa di rumah sewanya apabila berdepan dengan rakan serumah yang ‘tak sebulu’.

Dia kemudiannya membuat keputusan untuk mencari rumah sewa lain yang lebih selesa, namun usaha itu juga berakhir dengan kekecewaan.

Tidak mahu terus berada dalam keadaan tersebut, Abdullah menggunakan kudrat yang ada dengan bekerja sebagai penghantar makanan dan penjual burger.

Akhirnya, dia membuat keputusan untuk memiliki rumah sendiri.

Di sinilah peranan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Berhad dalam membantu Abdullah mendapatkan akses kepada pembiayaan perumahan, meskipun mempunyai pendapatan tidak tetap.

Video merdeka

Dengan bantuan SJKP, Abdullah akhirnya berjaya miliki rumah sendiri dan menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Kisah ini diterbitkan oleh SJKP menerusi sebuah video sempena sambutan kemerdekaan berjudul ‘Merdekakan Diri’.

Menerusi video tersebut, SJKP mengetengahkan kisah Abdullah serta bagaimana golongan berpendapatan tidak tetap turut ada peluang untuk miliki rumah sendiri.

Perjalanan itu menjadi simbol kepada satu bentuk ‘kemerdekaan’ buat yang pernah mengalaminya.

Peranan SJKP

Bagi yang belum tahu, SJKP bantu orang ramai terutama yang berpendapatan rendah untuk dapatkan pembiayaan perumahan pertama menerusi jaminan kepada institusi kewangan yg menawarkan pembiayaan perumahan

SJKP juga turut menyokong golongan yang bekerja sendiri dan pekerja gig yang tidak ada penyata gaji.

Jadi jika anda juga ingin ‘merdeka’ dari belenggu kesusahan memiliki rumah, SJKP sentiasa sedia membantu.

Hayati makna ‘kemerdekaan’ yang diterjemahkan SJKP melalui kisah penuh Abdullah di bawah ini:

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.sjkp.com.my/.

Intipati
  • Abdullah berhijrah ke Kuala Lumpur tetapi gagal mendapat pekerjaan lebih baik melalui temu duga.
  • Beliau bekerja sebagai penghantar makanan dan penjual burger selepas berdepan kesukaran hidup bandar.
  • SJKP membantu Abdullah mendapatkan akses pembiayaan perumahan walaupun mempunyai pendapatan tidak tetap.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan