Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, mungkin ada antara kita yang keliru dengan peraturan-peraturan bagi setiap pelaksanaan perintah tersebut.
Bagi negeri-negeri yang dikenakan PKPB seperti Kedah, sedikit kelonggaran diberikan kepada penduduk tempatan terutamanya dari aspek ekonomi.
Justeru, Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah tampil bagi menjelaskan soalan yang lazim ditanya oleh orang ramai dalam bahasa mereka sendiri.
Soalan orang Kedah kerap dok tanya kat MKN Kedah Bahagian 1
Perkara yang disentuh adalah melibatkan rentas daerah dan negeri, akad nikah, kapasiti kenderaan, sukan dan rekreasi dan kedai makan.
Kot ada sapa-sapa hat yang tak ketahuan lagi, habaq mai. Kami buat bahagian 2.
Berikut adalah jawapan bagi soalan lazim tersebut:
Kreativiti MKN Kedah menerbitkan soalan lazim itu membuatkan orang ramai terhibur membacanya. Malah, kiriman itu mendapat lebih 1 ribu perkongsian di laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.