Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Wanita Syak Kekasih Curang Lepas Buka ‘Google Maps’ Guna Emel Teman Lelaki, ‘History’ Lokasi Dikunjungi Ketika ‘LDR’ Buat Rasa Curiga

Curahan hati seorang wanita yang secara tidak sengaja menangkap kekasihnya curang menjadi tular di media sosial, lapor Suara.com

Walaupun dia tidak dapat menangkap kekasihnya yang curang itu secara berhadapan, namun wanita itu mendakwa bahawa dia mengetahui kekasihnya itu curang melalui Google Maps.

Menurut portal Suara.com, wanita itu mendedahkan bahawa pada mulanya dia sengaja membuka Google Maps. Namun, wanita tersebut telah mendaftar masuk menggunakan e-mel teman lelakinya itu.

Disebabkan menggunakan e-mel teman lelakinya, wanita tersebut dapat mengakses sejarah tempat-tempat yang dikunjungi oleh kekasihnya itu. Di situlah dia menemui bukti-bukti yang tidak diduganya.

“Saya tengok tarikh dan bulan. Saya juga berhubungan jarak jauh dengannya. Kami berada di bandar yang berbeza,” tulisnya di video tersebut.

“Saya betul-betul terkejut, saya sudah memberitahunya. Tapi dia tidak mengakui,” tambah wanita itu.

Dia juga terkejut kerana teman lelakinya itu telah lama mengunjungi beberapa lokasi. Kerana terkejut, dia tertanya sama ada sejarah di Google Maps benar-benar boleh dipercayai atau tidak.

Di samping itu juga, wanita tersebut turut menyatakan bahawa dia akan terus mendedahkan bukti yang boleh membuktikan sama ada teman lelakinya itu menipunya atau tidak. Sementara itu, dia juga turut meminta bantuan dan nasihat daripada warganet.

“Tak payah pakai Google Maps, pakai sahaja aplikasi find my device. Boleh tahu berada di mana dan sangat tepat,” tulis seorang warganet.

Google Maps tepat. Lebih baik tahu sekarang daripada tahu ketika berkahwin nantu, lagi sakit. Sekiranya sudah tahu sekarang, terletak pada anda sama ada mahu terus bertahan atau pun cari seseorang yang lebih menghargai anda,” tulis pendapat seorang lagi warganet.

Sumber: Suara.com

Aqmal Ezany

I write what is right