Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Website Paling Banyak Rakyat Malaysia 'Buka' Bulan Lepas

website
Kredit: Bernama

Bangun dari tidur, benda pertama yang dicari oleh kita adalah telefon betul tak? Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya gajet ini pada setiap individu.

Gajet elektronik seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan lain-lain ibarat nyawa pada setiap orang memandang dunia sekarang lebih menumpukan ke arah pendigitalan.

Kebergantungan terhadap peranti elektronik amat jelas apabila kebanyakan urusan seperti perbankan, akses perkhidmatan kerajaan kini lebih banyak menggunakan secara atas talian.

Menerusi pelbagai aplikasi dan laman sesawang yang tersedia dalam gadjet ini, semua perkara kini berada di hujung jari anda sahaja.

Apa yang perlu anda lakukan hanya menatal perkara yang ingin dicari dan semuanya akan terpapar di skrin anda.

Kewujudan pelbagai aplikasi laman sesawang ini secara tidak langsung dapat memudahkan urusan orang ramai.

Syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web mengeluarkan senarai laman sesawang popular, yang sering dilayari oleh rakyat Malaysia pada Ogos (bulan lalu).

10 Website Paling Rakyat Malaysia Suka 'Buka'

Berdasarkan carta yang dipaparkan, Google.com menduduki tempat pertama, sekali gus menjadi laman web paling popular dalam kalangan pengguna di Malaysia.

Di tempat kedua ialah YouTube.com, platform perkongsian video yang digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk hiburan, pembelajaran dan mengikuti perkembangan semasa.

Facebook.com pula menduduki kedudukan ketiga, menunjukkan platform media sosial berkenaan masih mempunyai pengaruh besar meskipun sudah lama berada dalam dunia digital.

WhatsApp, Instagram & TikTok Dalam Kelompok Teratas

WhatsApp.com berada di kedudukan keempat, diikuti Instagram.com di tempat kelima.

Kedua-dua platform ini terus menjadi antara pilihan pengguna untuk berkomunikasi serta berkongsi kandungan dalam kehidupan seharian.

Sementara itu, TikTok.com menduduki tempat keenam, memperlihatkan platform video pendek itu masih menjadi antara laman web yang paling mendapat perhatian pengguna di Malaysia.

Menariknya, ChatGPT.com pula berada di kedudukan ketujuh.

Kedudukan tersebut menunjukkan platform kecerdasan buatan (AI) kini turut berada dalam kelompok laman web yang paling banyak dikunjungi, sebaris dengan beberapa platform media sosial terbesar dunia.

Shopee Turut Masuk 10 Teratas

Bagi platform e-dagang, Shopee.com.my berada di kedudukan kelapan, menjadikannya satu-satunya platform beli-belah dalam kelompok 10 teratas carta berkenaan.

X.com pula berada di kedudukan kesembilan selepas dilaporkan meningkat tiga anak tangga berbanding kedudukan sebelumnya.

Manakala Wikipedia.org melengkapkan senarai di tempat ke-10, kekal menjadi salah satu laman rujukan popular pengguna internet.


Sumber:Similarweb
Intipati
  • Google.com menduduki tempat pertama sebagai laman web paling popular dalam kalangan pengguna Malaysia.
  • YouTube.com dan Facebook.com masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga carta tersebut.
  • WhatsApp, Instagram, TikTok, ChatGPT dan Shopee turut disenaraikan dalam kelompok 10 laman teratas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan