Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Negara Dengan Purata Gaji Bulanan Tertinggi & Terendah Dunia 2026

gaji
Kredit: Bernama

Bila bercakap tentang gaji, jumlah yang diterima pekerja di setiap negara berbeza-beza.

Ada negara yang mencatatkan purata gaji bulanan mencecah ribuan dolar Amerika Syarikat (AS), manakala di sesetengah negara lain, angka puratanya jauh lebih rendah.

Berdasarkan data Average Salary by Country 2026, sebanyak 206 negara disenaraikan mengikut purata gaji kasar bulanan, sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman sosial.

Data tersebut menggunakan nilai mata wang tempatan sebagai angka rujukan utama sebelum ditukarkan kepada dolar AS (USD) menggunakan kadar pertukaran 2026 bagi memudahkan perbandingan antara negara.

Sumber data pula merangkumi pejabat statistik kebangsaan, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Jadi, negara mana yang mencatatkan purata gaji paling tinggi?

Gaji Switzerland Paling Tinggi, Lebih AS$9,000 Sebulan

Berdasarkan senarai tersebut, Switzerland berada di kedudukan pertama dengan purata gaji kasar bulanan sebanyak AS$9,624.

Liechtenstein pula berada di tempat kedua dengan AS$7,403, diikuti Denmark sebanyak AS$6,977.

Menariknya, majoriti negara dalam kelompok 10 teratas merupakan negara Eropah.

Berikut merupakan 10 negara dengan purata gaji kasar bulanan tertinggi:

  1. Switzerland – AS$9,624 sebulan

  2. Liechtenstein – AS$7,403 sebulan

  3. Denmark – AS$6,977 sebulan

  4. Iceland – AS$6,585 sebulan

  5. Luxembourg – AS$6,490 sebulan

  6. Amerika Syarikat – AS$6,228 sebulan

  7. Jersey – AS$6,098 sebulan

  8. Norway – AS$5,908 sebulan

  9. Monaco – AS$5,715 sebulan

  10. Australia – AS$5,594 sebulan

Venezuela Paling Rendah Dalam Senarai

Di hujung satu lagi senarai, Venezuela berada di kedudukan ke-206 dengan purata gaji kasar bulanan sekitar AS$14.

Cuba berada satu tangga di atasnya dengan AS$16, manakala Burundi mencatatkan AS$20 sebulan.

Berikut merupakan 10 negara dengan purata gaji bulanan terendah:

  1. Korea Utara – AS$111 sebulan

  2. Sierra Leone – AS$108 sebulan

  3. Gambia – AS$108 sebulan

  4. Malawi – AS$69 sebulan

  5. Ethiopia – AS$51 sebulan

  6. Rwanda – AS$51 sebulan

  7. Sudan Selatan – AS$27 sebulan

  8. Burundi – AS$20 sebulan

  9. Cuba – AS$16 sebulan

  10. Venezuela – AS$14 sebulan

Malaysia Di Mana Dalam Kalangan Negara ASEAN?

Kalau tengok lebih dekat kepada Asia Tenggara, Singapura mencatatkan purata gaji bulanan paling tinggi dalam kalangan negara ASEAN yang disenaraikan, iaitu AS$4,555 sebulan.

Brunei pula berada di belakang Singapura dengan purata AS$1,969, manakala Malaysia mencatatkan AS$990 sebulan.

Berdasarkan angka yang dipaparkan, kedudukan negara ASEAN adalah seperti berikut:

  1. Singapura – AS$4,555 sebulan

  2. Brunei – AS$1,969 sebulan

  3. Malaysia – AS$990 sebulan

  4. Thailand – AS$472 sebulan

  5. Timor-Leste – AS$350 sebulan

  6. Filipina – AS$320 sebulan

  7. Vietnam – AS$315 sebulan

  8. Kemboja – AS$300 sebulan

  9. Myanmar – AS$214 sebulan

  10. Indonesia – AS$197 sebulan

  11. Laos – AS$186 sebulan

Sumber:wage.is
Intipati
  • Switzerland mencatatkan purata gaji kasar bulanan tertinggi, sebanyak AS$9,624 sebulan.
  • Venezuela berada di kedudukan terendah dengan purata gaji kasar bulanan sekitar AS$14.
  • Singapura mendahului ASEAN dengan AS$4,555, manakala Malaysia mencatatkan AS$990 sebulan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan