Siakap Keli
Gambar : crescentshay

Sesuai Untuk Penjarakan Sosial, Wanita Ini Bina Sendiri Gaun Cantik Sepanjang 12 Kaki

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah merubah banyak perkara dalam kehidupan seseorang. Ramai yang mula menikmati kehidupan dengan sisi yang berbeza dan perlu menjaga jarak sosial untuk mengelakkan penularan.

Pun begitu, pandemik Covid-19 juga telah memberi ruang untuk seseorang menonjolkan bakat kreatif tersendiri. Satu perkongsian menarik mengenai seorang wanita mencipta sendiri gaun yang panjang untuk menjaga ‘social distancing’.

Wanita bernama Shay Rose dari Orange County, California telah dikenali di platform media sosial TikTok dan Instagram dengan pembuatan kostum aneh mengilhami dari filem Disney Princess, Lady Gaga costume dan banyak lagi.

Dalam kiriman di Tiktok miliknya @crescentshay, dia mengirimkan sebuah video pembuatan gaun 12 kaki tersebut. Dari proses menjahit, mengukur, semuanya dilakukan seorang diri. Proses pembikinan gaun mengambil masa selama 2 bulan.

@crescentshay

making a 12ft social distancing dress, part 2! yall it took a MONTH to make, but here’s the skirt, bodice and the finished 12ft dress!! #diy #fashion

♬ Marlboro Nights – Lonely God

Projek gaun 12 kaki itu berjaya disiapkan menjelang akhir November. Video itu mendapat 4 juta tanda suka dan 16.8 juta tontonan di Tiktok.  Rose mengatakan bahawa dia melakukan itu sebagai ‘self-reward’. kadangkala ianya bermanfaat dan kadangkala meletihkan, ada masa kedua-duanya sekali.

Sumber : South China Morning Post. Tiktok

Aziezzan