Siakap Keli

(Video) Dipercayai Banjir Di Sarawak, Lelaki Ternampak Buaya Berehat Bawah Rumah

Seperti sedia maklum, baru-baru ini negara kita dilanda banjir yang teruk di beberapa negeri di Semenanjung termasuk Sarawak sehingga menyebakan kematian akibat arus deras.

Menurut laporan, keadaan dilaporkan semakin pulih di Semenajung tetapi sebaliknya berlaku di Sarawak apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat ekoran keadaan hujan yang berterusan.

Menerusi perkongsian oleh seorang individu dikenali sebagai Zul Ibrahim di Twitter, dia menunjukkan keadaan kediaman penduduk yang ditenggelami air dipercayai di Sarawak sama seperti Semenanjung.

Keadaan tersebut seakan tidak berbahaya kerana air yang cetek tetapi tetapi rupa-rupanya terdapat pemangsa yang sedang ‘berehat’ di bawah rumah.

Kalau semenanjung banjir, ular sawa banyak, kalau Sarawak..?

Video yang turut dimuat naik turut menunjukkan buaya itu sedang asyik membaham seekor ayam, selain berada di dalam longkang sekaligus menimulkan rasa ‘seram’ warganet.

Tengah makan ayam..

Buaya dijumpai di longkang

Diserang buaya ketika kemas rumah

 

Ada di antara warganet yang berkata bahawa situasi tersebut adalah biasa dilihat di Sarawak sewaktu banjir.

Memang dah biasa dekat Sarawak

Macam movie crawl

Sumber: Twitter @zoulebra

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.