Siakap Keli

(Video) Lucu, Reaksi ‘Gelabah’ Pengantin Bila Atok Jadi Wali, Tersilap Nama Nak Nikahkan Cucu Kembar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mempunyai kenangan yang tak dapat dilupakan ketika hari bersejarah saat mereka disatukan. Ada yang sedih dan lucu, tetapi momen itu lah yang menjadi kenangan sepanjang hayat.

Begitu juga yang dilalui oleh Amira Farra ketika majlis pernikahannya baru-baru ini. Gelagat lucu Amira ketika walinya tersalah menyebut namanya di hadapan pengantin lelaki ternyata menggelikan hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitternya @efficiancee, datuk Amira yang berusia 84 tahun tidak menyebut namanya, sebaliknya nama kembarnya yang berada di sebelah ketika akad nikah berlangsung.

Video tersebut menjadi tular di laman Twitter sehingga mendapat hampir 300 ribu tontonan oleh warganet dalam tempoh beberapa jam dimuat naik. Memang spontan dan lucu!

Dah jadi kipas tangan akuĀ 

Menurut Amira, datuknya tertukar nama mereka berdua iaitu Amira Farra dan kembarnya Amira Sarra kerana gementar walaupun telah berlatih dengan lancar sebelum itu.

Rekasi suaminya yang kelihatan tenang seperti tiada apa yang berlaku turut menggelikan hati ramai.

Dah nak tergolek kat situ, nasib iman cakap silap

Seketul huruf je beza

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen mengakui terhibur melihat aksi panik pengantin perempuan sehingga ada di antaranya yang turut sama merasa cemas. Haha!

Aku yang berpeluh weh!

Lelaki nampak cool macam tak ada apa jadi

Cemas betul, kalau aku dah melompat kat situ

Moga berkekalan hingga syurga

Sumber: Twitter @efficiancee

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.