Siakap Keli

(Video) Sebak, Lelaki ‘Istimewa’ Ini Cuba Bagi Tisu Pada Orang Sebelah Yang Menangis Ketika Berdoa

Berdoa bersungguh-sungguh sambil menghayati maknanya sehingga menitis air mata di pipi adalah satu nikmat terindah.

Ia kerana kita betul-betul meletakkan diri dalam kekhusyukan tahap paling maksimum, hingga tidak menyedari akan keadaan sekeliling.

Apatah lagi jika berdoa dalam solat. Bagi siapa yang menjaga kualiti solatnya, mereka pasti tahu dan pernah merasai detik ‘berharga’ ini.

Menerusi satu rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @akhtim di bawah ini, kelihatan para jemaah sedang khusyuk menadah tangan berdoa sambil dipimpin imam.

Tangkap layar daripada video asal.

Terdapat beberapa jemaah yang begitu terkesan dengan bacaan tersebut hingga ada yang menangis teresak-esak.

Bagaimanapun, ada sesuatu yang lebih menyentuh hati kita semua dalam video ini di mana kelihatan salah seorang jemaah bertindak penuh prihatin terhadap jemaah di sebelahnya.

Mungkin sayu melihat rakan jemaahnya menangis, dia secara spontan mengeluarkan tisu dan menghulurkannya kepada individu tersebut.

Berdasarkan gaya dan riak mukanya, jemaah ini dipercayai mungkin penghidap Sindrom Down.

Ciapan di Twitter @akhtim berbunyi;

“Dia cuba memberi tisu kepada jemaah di sebelahnya kerana menangis teresak-esak ketika berdoa. (Dia) insan yang sangat tidak berdosa,”

Sayu dengan situasi tersebut, ramai warganet turut mendoakan kebaikan kepada lelaki Sindrom Down tersebut.

Sumber: Twitter @akhtim

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'