Siakap Keli
Gambar via The Quint

Pekerja Sanitasi Muncul Jadi Penerima Pertama Vaksin COVID-19 Di India

NEW DELHI – Seorang pekerja sanitasi, Manish Kumar yang berusia 34 tahun dilaporkan menjadi penerima pertama suntikan vaksin COVID-19 di Institut Sains Perubtan All India (AIIMS) Delhi, kata Kementerian Kesihatan.

Menurut laporan, Kumar mendakwa dirinya meminta untuk diberikan suntikan terlebih dahulu ekoran rakan-rakannya yang dipilih ‘takut’ untuk mendapatkan suntikan tersebut. Dirinya dipercayai sama sekali tidak gugup bahkan bangga mendapat suntikan vaksin itu.

Dirinya mendakwa mendapat suntikan tersebut ketika negara republik itu melancarkan program vaksinasi terbesar yang dihadiri oleh Menteri Kesihatan Kesatuan, Harsh Vardhan pada hari Sabtu yang lalu.

“Saya tidak tahu bahawa saya orang pertama yang menerima vaksin. Saya tidur lena, saya datang ke sini dan mengatakan kepada kakitangan yang lain yang saya akan mendapatkan suntikan.

“Ramai di antara mereka takut. Oleh itu, saya bertemu dengan senior saya dan mengatakan bahawa saya harus diberi suntikan vaksin terlebih dahulu. Saya ingin membuktikan kepada rakan-rakan saya bahawa mereka tidak perlu takut,” katanya.

Bagaimanapun, kempen vaksinasi dilaporkan telah dilakukan di 81 lokasi di seluruh 11 kawasan di Delhi. Enam hospital kerajaan berpusat termasuklah AIIMS, Hospital Safdarjung, Hospital Kanak-kanak Kalawati Saran. Malah, dua hospital ESI yang juga merupakan sebahagian daripada kempen tersebut.

Sumber: The Hindu

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia