Siakap Keli

Lelaki Ini Deko Rumah Berek PDRM Jadi Cantik & Kemas, Banyak Guna Barang Dari Kedai Eco Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa kata rumah kuaters tidak boleh menghias dengan cantik dan nampak lebih eksklusif? Ya, untuk mendekorasikan rumah tidak menggunakan wang yang sikit, namun jika kita seorang yang pandai berjimat pasti ada barang-barang kelengkapan hanya boleh dapatkan di mana-mana kedai yang murah seperti barang di kedai Eco.

Walaupun hakikatnya akan berpindah juga, tetapi lelaki ini tetap ingin menghias agar keadaan rumah tersebut tampak kemas dan cantik.

Perkongsian ini daripada Wan Mahassan yang betungkus lumus menyiapkan dekorasi rumah kuaters PDRM tanpak lebih eksklusif.

Hi guys, saya kongsikan teratak sementara kami di Berek PDRM. Kebanyakannya barang Ecoshop RM2.10. Saya pernah kongsikan sebelum ini. Ini hasil final kami.

“Bila ditanya tak membazir ke buat cantik-cantik? Kami senyum je, kami perlukan ketenangan dan keselesaan. Kalau hidup sekadar hidup, babi dihutan pun hidup. Jika suatu hari kami diarah berpindah, itu adalah rezeki penghuni baru. Insya Allah kami akan sedekahkan kepada siapa yang bertuah”.

Balik kerja penat-penat, tengok rumah kemas, hilang rasa penat. Sekarang musim covid, banyak masa dirumah.

“Kalau rumah bersepah dan tak kemas, tak tenang wey….”

Ini antara foto sebelum dan selepas ubah suai rumah tersebut.

Untuk wainscoting yang ni saya guna material pvc. Sebatang 8 kaki. Rm 20 sebatang. (Sebatang dapat 1 frame).

Ini untuk bahagian dapur pula…

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada orang ramai.

 

Sumber: Wan Mahassan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang