Siakap Keli
Gambar: Istifhan

(Video) Gelagat Kanak-kanak Lelaki Main ‘Osom’ Nak Pilih Imam Buat Netizen Kagum

Melihat anak-anak muda menunaikan solat jemaah pastinya menyejukkan hati kita. Apatah lagi bila mereka boleh menjadi imam sesama mereka, automatik rasa kagum melihatnya.

Baru-baru ini, tular video sekumpulan kanak-kanak lelaki yang ingin solat berjemaah di dalam sebuah surau, dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter.

Dalam video itu, kelihatan empat orang kanak-kanak berdiri di mana dua daripada mereka sedang bermain ‘osom’ sambil disaksikan dua yang lain.

Rupanya permainan itu adalah untuk melantik imam dalam kalangan mereka dengan memilih individu yang menang permainan berkenaan.

“Mereka sedang memilih siapa yang jadi imam”

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bilakah rakaman itu diambil, namun sejak ia dikongsikan di Twitter, klip tersebut telah menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Video itu membuatkan orang ramai terhibur melihat gelagat mereka. Tak kurang juga yang menyuarakan kekaguman terhadap kanak-kanak tersebut.

Moga Allah tetapkan (hati) semua kanak-kanak untuk solat

Suka lihat kanak-kanak rasa selesa di masjid

Moga Allah tetapkan mereka di jalan yang benar

Sumber: Istifhan

Amira

Love yourself.