Siakap Keli
Gambar via SCMP.Com

COVID-19: China Sediakan Insentif Lumayan Untuk Rakyatnya Duduk Di Rumah, Tak Balik Kampung Sempena Tahun Baru China

Syarikat dan kerajaan negara China dilaporkan telah menawarkan inisentif kewangan kepada pekerja dan penduduk tempatan dengan syarat tinggal di rumah sepanjang menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang tidak lama lagi.

Antara inisentif yang bakal diterima oleh pekerja dan penduduk tempatan adalah seperti wang bonus, baucar membeli-belah, tiket wayang, tiket percuma ke tempat-tempat menarik malah makanan dan hiasan.

Perkara ini dilakukan bagi mencegah penularan wabak yang semakin meningkat. Walau begitu, kebanyakkan masyarakat masih melakukan perjalanan ke kampung bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan ini biasanya merangkumi perjumpaan dengan orang tersayang dan perjalanan ke tempat tarikan ramai.

Pentadbiran tempatan di Foshan, sebuah bandar kilang di Guangdong dipercayai telah mengirimkan surat terbuka kepada penduduk dengan tawaran yang menarik supaya mereka tidak melakukan perjalanan untuk bersama keluarga di kampung.

“Mengurangkan risiko penyebaran virus, melindungi diri dan keluarga, ini adalah hadiah terbaik yang dapat anda berikan kepada diri sendiri dan juga bandar anda.

“Kami dengan tulus menyarankan agar anda tetap bersama Foshan untuk tahun baru 2021,” tulis surat itu.

Manakala di Xiangcheng, pemerintah daerah merancang untuk memberikan penduduk sebanyak 500 yuan (RM312.47) setiap satu keluarga dan mengurangkan separuh kos kepada syarikat yang menyewa flat milik negara sekiranya mereka meawarkan hadiah yang sama kepada pekerja mereka.

Di Haicang, pemerintah memaklumkan subsidi sebanyak 11 juta yuan (RM 6,874,440) untuk penduduk yang tinggal di kota pelabuhan sepanjang perayaan tersebut.

Sumber: SCMP.Com

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia