Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

(Foto) Setelah Lama ‘Bercuti’, Ini Suasana Pelajar Tingkatan Lima Kembali Semula Ke Sekolah Pagi Ini

Hari ini pelajar-pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah kembali ke sekolah.

Mereka berpeluang menyambung semula sesi pembelajaran secara fizikal di dalam kelas setelah sekian lama ‘ditahan’ di rumah akibat penutupan sekolah rentetan COVID-19.

Selain itu, pelajar-pelajar yang turut bakal menduduki peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara juga kembali hadir ke sekolah hari ini.

Sehubungan itu, satu tinjauan lapangan dijalankan BERNAMA pagi ini, merakam situasi para pelajar terlibat kembali ke sekolah masing-masing.

Berikut adalah foto-foto pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) yang hadir ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan secara bersemuka.

Difahamkan, kehadiran mereka juga turut dikawal dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Gambar: BERNAMA
Gambar: BERNAMA

Sementara itu di Perak, guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) Ipoh menanti kehadiran para pelajar dengan menjalankan pemeriksaan suhu badan seperti yang ditetapkan dalam SOP Kementerian Kesihatan (KKM).

Gambar: BERNAMA
Gambar: BERNAMA
Gambar: BERNAMA
Gambar: BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'