Siakap Keli
Gambar via CNN.Com

Keluarga Dilapor Nyaris Maut, Tak Dapat Bau Asap Rumah Terbakar Selepas Deria Bau ‘Hilang’ Akibat Positif COVID-19

Sebuah keluarga dilaporkan nyaris maut kerana tidak dapat menghidu bau asap kebakaran selepas deria bau mereka hilang akibat positif COVID-19 berjaya diselamatkan oleh salah seorang ahli keluarganya. Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi hari Jumaat yang lalu di Waco, Texas, AS.

Menurut laporan, Bianca Rivera, 17 merupakan satu-satunya ahli keluarga yang tidak dijakiti wabak COVID-19 berkenaan. Dirinya terhidu bau asap lalu menyelamatkan keluarganya itu daripada kebakaran tersebut.

Remaja berkenaan bertindak mengejutkan ahli keluarganya yang sedang tidur dan mereka semua dilaporkan berjaya melarikan diri dengan selamat.

Gambar via CNN.Com

“Saya hanya melakukan apa yang orang lain lakukan untuk selamatkan keluarga mereka. Saya hanya mahu semua orang selamat dan hidup. Itu sahaja yang saya mahukan.

“Saya mula menghidu bau plastik yang terbakar dan ketika itulah saya lebih berwaspada dan berlari keluar dari bilik saya bahkan saya tidak dapat melalui lorong kerana dipenuhi dengan asap.

“Saya tahu saya perlu membangunkan ahli keluarga saya. Saya membuka pintu belakang dan saya menyelamatkan keluarga saya satu persatu,” katanya.

Tindakannya itu bukan sahaja menyelamatkan keluarganya malah dirinya juga didakwa berjaya menyelamatkan empat ekor anjing peliharaan keluarga mereka tepat pada waktunya.

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia