Siakap Keli
Gambar via peacequarters.com

“Pelupa Dan Tiada Daya Tumpuan,” Ini Antara Kesan Kerap Berjaga Malam Yang Anda Perlu Elakkan

Istirehat dan tidur yang cukup serta berkualiti ternyata banyak mempengaruhi kesihatan, berat badan, mood, dan bahkan kehidupan seharian kita. Terdapat sejumlah ancaman yang tersembunyi jika kita sering berjaga pada waktu malam dan menjadi kebiasaan pada sesetengah orang.

Menerusi Facebook, KKM kongsikan beberapa kesan sering berjaga pada waktu malam terhadap kesihatan, berikut perkongsiannya :

1. Gangguan fungsi kognitif, pelupa dan tiada daya tumpuan
Ia boleh menyebabkan penyusutan ‘white matter’ pada otak yang penting bagi proses pembelajaran.

2. Obesiti dan Diabetes
Gangguan pada metabolism badan perubahan hormon insulin dan kortisol yang menyebabkan individu lapar dan berkeinginan mencari makanan berkarbohidrat/gula dari biasa.

3. Emosi terganggu
Kurang tidur menyebabkan kawasan otak yang mengawal aktiviti “membuat keputusan dan membuat perancangan teratur” berhenti berfungsi. Jadi ia meransang gerak hati dan kelakuan yang berisiko.

4. Impak kesihatan asas
Impak asas terhadap imuniti badan boleh menyebabkan infeksi badan seperti selsema dan lain-lain kerana ianya boleh membawa ke kanser.

Walau satu malam, ia memberi kesan kepada jam biologikal individu seterusnya mengganggu regulasi gula dalam darah.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Aziezzan