Siakap Keli
Gambar: The Sun

15 Orang Dilaporkan Positif COVID-19 Setelah Didakwa Hadiri ‘Birthday Party’ Seekor Kucing

Sekurang-kurangnya 15 belas orang di sebuah bandar kecil di Chile dilaporkan telah dijangkiti dengan virus COVID-19 selepas menghadiri majlis hari lahir yang diadakan untuk seekor kucing.

Pihak berkuasa Chile yang tidak mempercayai kejadian itu telah mengesahkan kejadian satu kluster COVID-19 baru di Santo Domingi, sebuah kawasan rumah persisir ekslusif yang didiami kurang daripada 10,000 orang di wilayah tengah Valparaíso, dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Francisco Álvarez, setiausaha Kementerian Kesihatan bagi wilayah Valparaíso menyatakan bahawa dia pada awalnya tidak mempercayai punca kepada kluster baharu itu.

“Ketika saya mendengar bahawa ianya berpunca daripada majlis hari lahir untuk seekor kucing, saya fikir ianya hanyalah gurauan, atau mereka mungkin cuba untuk menyembunyikan sesuatu,” kata Alvarez kepada Radio Bio-Bio pada Sabtu.

“Kami telah mendapat kepastian selepas sekurang-kurangnya enam daripada 15 orang yang dijangkiti itu memberitahu kami bahawa puncanya adalah disebabkan perkara yang sama”.

Tidak jelas berkenaan bila majlis tersebut berlangsung namun media tempatan melaporkan bahawa seramai 10 orang telah hadir ke majlis itu dan semuanya telah disahkan positif COVID-19.

Lima orang selebihnya yang telah dijangkiti dengan virus itu dikatakan merupakan ahli keluarga dan rakan pemilik kucing tersebut.

Walau bagaimanapun, kucing tersebut dilaporkan tidak dijangkiti dengan virus yang boleh membawa maut itu, kata Álvarez.

Dia menambah bahawa sukar untuknya mempercayai bahawa masih ada lagi yang mengadakan perhimpunan walaupun amaran keras daripada pihak berkuasa telah dikeluarkan.

“Ianya rumit dan sukar untuk difahami, terutamanya menimbangkan tentang apa yang kami telah nasihatkan dalam pelbagai cara dan apa yang kami tekankan adalah bahawa jika hendak mengadakan pertemuan, mereka perlu mengambil langkah keselamatan.”

Jangkitan virus COVID-19 dilaporkan sedang meningkat di Chile walaupun kadar kes kematian di negara itu masih lagi stabil.

Sumber: Daily Mail

 

Aqmal Ezany

I write what is right