Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Kisah Kejam Gadis Didakwa Dikurung Dalam ‘Keranda’ Selama 7 Tahun, Dikeluarkan Hanya Untuk Dirogol Dan Diseksa

Seorang pengembara dilaporkan telah diculik dan disimpan di dalam sebuah keranda selama 7 tahun pada tahun 1977. Mangsa hanya dikeluarkan hanya untuk diseksa dan dirogol sahaja, lapor Daily Star.

Menurut Daily Star, mangsa adalah merupakan seorang gadis yang berumur 20 tahun dan sedang dalam perjalanan ke sebuah parti ketika pasangan muda bersama dengan seorang bayi menawarkan untuk menumpangnya di Amerika Syarikat.

Gadis tersebut difahamkan terus menerima undangan tersebut tanpa menyedari bahawa suami pasangan yang berumur 23 tahun itu sebenarnya sedang memburu ‘hamba’ untuk diculik, diperkosa dan diseksa.

Sepanjang perjalanan yang berlaku pada bulan Mei 1977 itu, mangsa dilaporkan telah terlihat sebuah kotak aneh berada di tempat duduk sebelahnya yang berlubang di sebelah sisinya, lapor Mirror.

Dia kemudiannya baru menyedari bahawa itu adalah ‘head box’, yang direka oleh pekerja kilang kayu Hooker.

Ianya dilapisi dengan kotak kalis bunyi bagi memastikan mangsa senyap selepas dia menariknya ke trek dan mengikatnya sebelum mengunci kepalanya ke dalam.

Mangsa telah dipandu sejauh 300 batu dari Eugene, Oregon ke rumah pasangan tersebut yang terletak di Red Bluff, California.

Lelaki tersebut dilaporkan telah menggantungnya di bumbung ruangan bawah tanah dengan rantai sebelum menyerangnya secara seksual dan melakukan hubungan seks dengan isterinya di bawahnya.

Mangsa yang kini berusia 62 tahun memberitahu Closer: “Saya ketakutan. Isterinya hanya memerhatikan suaminya itu menyeksa saya dan kemudiannya mereka melakukan hubungan seks di hadapan saya. Saya yakin mereka pasti akan membunuh saya.”

Kisah sadisnya itu telah diadaptasikan menjadi filem yang berjudul The Girl In The Box. Filem tersebut menceritakan bagaimana dia dikurung di dalam kotak selama 23 jam dalam sehari.

Dia hanya keluar daripada kotak itu untuk diperkosa, diseksa, dipukul, direnjat dengan elektrik atau diregangkan di rak.

Lelaki tersebut dilaporkan telah membina sebuah kotak seperti keranda yang boleh disimpan di bawah katil mereka.

 

Mangsa juga dilaporkan berada dalam keadaan kelaparan, kekurangan air dan terpaksa menahan suhu hingga 38C pada musim panas.

Otaknya telah dimanipulasi untuk mempercayai bahawa dia kini bekerja untuk sebuah organisasi bernama The Company, yang akan membunuh dia dan keluarganya sekiranya dia melarikan diri.

Dan sekiranya dia bersetuju untuk menandatangani ‘kontrak hamba’ dia dibenarkan untuk keluar dengan lebih kerap bagi membantu anak-anak pasangan tersebut dan melakukan kerja rumah.

Selepas tiga tahun, mangsa membawa lelaki itu bertemu dengan ibu bapanya, namun mangsa begitu ketakutan sehingga terpaksa berpura-pura menyatakan bahawa lelaki itu adalah teman lelakinya.

Segalanya terbongkar selepas lelaki tersebut menjadikan mangsa sebagai isteri keduanya dan hal itu telah membuatkan isterinya berang lalu mendedahkan bahawa ‘organisasi’ itu tidak benar.

Isterinya mendakwa bahawa dirinya juga turut menjadi mangsa serangan seksual dan diseksa oleh lelaki itu sejak dia masih lagi berusia 15 tahun dan hanya bersetuju untuk berhenti menyerangnya jika dia membenarkannya untuk mencari hamba lain.

Dia akhirnya membebaskan mangsa dengan meninggalkannya di stesen bas sebelum melarikan diri bersama anak-anaknya pada tahun 1984.

Mangsa tidak terus pergi ke balai polis, namun isteri kepada lelaki itu telah melaporkan kejadian itu tiga bulan kemudian dan dijanjikan perlindungan sebagai balasan atas keterangannya.

Lelaki tersebut dilaporkan dihukum penjara selama 104 tahun namun boleh mendapat pembebasan awal melalui parol seawal 2021.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right