Siakap Keli
Gambar Via Tony Kit

Lelaki Kongsi Cara Hilangkan Kotoran Hitam Bawah Dagu Kucing Dengan Hanya Tiga Bahan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kucing sememangnya haiwan yang sentiasa aktif. Kadangkala ia mudah terdedah kepada serangan bakteria dan parasit kulit. Pemilik kucing seharusnya bertindak sekiranya mendapati ia mempunyai tanda-tanda yang meragukan sehingga menyebabkan kucing peliharaan berasa sakit atau lebih teruk.

Mungkin ada sesetengah pemilik kucing hanya memberi makan dan minum dan tidak melihat apa-apa kesan setelah selesai makan. Pernah tak anda perasan mengapa dagu kucing akan menjadi hitam setelah makan atau minum? Adakah ia sekadar kotoran biasa?

Kotoran atau bintik hitam bawah dagu kucing  berkemungkinan daripada masalah kesihatan iaitu disebabkan kecederaan, kemunculan parasit atau gangguan sistem tubuh.

Mengikut satu perkongsian dari salah seorang pengguna Facebook Tony Kit, bintik-bintik hitam di dagu kucing adalah disebabkan lemak kibble yang tertinggal di bekas makanan mereka dan akan melekat pada dagu serta-merta. Justeru itu, perkara ini boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan tiga bahan yang sangat mudah.

Berikut adalah cara yang digunakan oleh Tony Kit untuk membersihkan dagu kucing yang mempunyai bintik hitam:

Bahan yang diperlukan :

1. Vaseline petroleum jelly

2. Cotton bud

3. Medical gauze

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ambil sedikit vaseline menggunakan cotton bud

Sapukan cotton bud pada bawah dagu kucing tersebut

Ambil medical gauze dan gosok dengan perlahan-lahan sehingga bintik hitam hilang.

Hasilnya. Bintik hitam pada dagu kucing hilang serta merta.

Warganet turut mencadangkan rakan-rakan yang lain untuk ikut cara ini. Ada juga yang baru tahu mengenai info  ini.

Selain itu, pemilik Facebook Tony Kit juga menjelaskan bagaimana dagu kucing boleh menjadi bintik-bintik hitam.

Sumber : Tony Kit