Siakap Keli

TERKINI: 3,631 Kes Positif Baharu Termasuk 18 Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes positif baharu hari ini, 22 Januari 2021 iaitu sebanyak 3,631 kes. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita meningkat kepada 176,180.

Sehubungan dengan itu, kes sembuh juga mencatat jumlah kenaikan iaitu 2,554. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara kita meningkat kepada 132,706.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes kematian iaitu seramai 18 kematian. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian terus meningkat kepada 660 kes. Angka tersebut merupakan jumlah tertinggi sejak 16 Januari lalu.

Bagaimanapun, jumlah kes aktif meningkat menjadi 42,814 pesakit di seluruh negara. Daripada bilangan tersebut sermaai 251 pesakit dirawat di Pusat Rawatan Rapi (ICU) termasuklah 102 memerlukan bantuan alat pernafasan.

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 7 kluster berkaitan tempat kerja, 2 kluster komuniti, 2 kluster yang melibatkan kumpulan berisiko dan 1 kluster tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti berikut.

Senarai jumlah kes positif mengikut negeri hari ini.

Seperti carta di bawah menunjukkan bilangan kes tertinggi adalah di Selangor iaitu 782 kes baharu positif Covid-19 dan diikuti dengan Johor iaitu 466 serta Sabah dengan angka 453 kes.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang