Harga runcit petrol RON97 dan RON 95 naik satu sen berkuat kuasa pada tengah malam 23 Januari hingga 29 Januari 2021 ini.
Kementerian Kewangan Malaysia menerusi laman Twitternya memaklumkan bahawa harga runcit RON95 sebelum ini RM1.89 seliter dinaikkan kepada RM1.90 seliter sepanjang tempoh berkenaan.
Manakala harga RON97 dinaikkan kepada RM 2.20 seliter berbanding dengan RM 2.19 seliter sebelum ini.
Sementara harga runcit diesel turut mempunyai peningkatan sebanyak 4 sen iaitu daripada RM 2.05 seleiter kepada RM 2.09 seliter.
Bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memstikan kebajikan rakyat terjamin.
Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 23 Januari 2021 Sehingga 29 Januari 2021. pic.twitter.com/JzdPw7M71O
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) January 22, 2021
Sumber: MoF