Siakap Keli
Gambar: @Massiew2

(Video) Sebak, Suami Baru Habis Kuarantin, Isteri Sampaikan Berita Gembira Hamil Selepas 3 Tahun Penantian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap suami isteri pastinya mengimpikan anak sendiri sebagai pengikat kasih. Ada yang menunggu hingga bertahun-tahun, menanti kehadiran si comel penyejuk mata.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi sebuah video yang menyentuh hati apabila beliau disahkan hamil selepas tiga tahun penantian. Berita gembira ini membuatkan orang ramai tersentuh, apatah lagi apabila suaminya baru sahaja tamat kuarantin di MAEPS Serdang pada 22 Januari lepas selepas mereka berdua disahkan positif COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin selama dua minggu.

Kongsi Puan Mas, semuanya bermula apabila beliau sudah sebulan tidak datang haid buat pertama kali dalam tiga tahun. Susulan itu, beliau yang masih ragu-ragu dan takut untuk berharap telah membuat ujian kehamilan.

“Enam minggu menunggu, hari ini baru ada kekuatan buat ujian kehamilan,” katanya dalam video yang mendapat ratusan ribu tontonan.

Dalam video berkenaan, mereka berdua telah menunaikan solat Zohor bersama sebelum melihat kit ujian tersebut. Kesyahduan terserlah pada wajah pasangan itu apabila keputusan menunjukkan si isteri positif hamil.

Detik penuh kesyahduan itu membuatkan orang ramai turut menitiskan air mata dan mendoakan pasangan tersebut.

@massiew2

Part 1 : Kalau takde camne ? #fyp

♬ original sound – Massieww – Massieww

@massiew2

Reply to @anna.diyannaa allah itu sebaik baik perancang kan 🥺 #fyp

♬ original sound – Massieww – Massieww

Rata-rata orang ramai menumpang bahagia di samping mendoakan mereka berdua.

Tahniah, bergenang air mata

Masih mengharap 17 tahun menanti penghuni rahim

Doakan kami juga

Sumber: Massiew2

Amira

Love yourself.