Satu perbuatan baik boleh memberi kesan positif kepada hari seseorang. Kadangkala perbuatan itu tidaklah sesusah mana, tapi sudah cukup ‘besar’ dan bermakna untuk seseorang yang memerlukan.
Bercakap tentang berbuat baik, mungkin kita boleh mencontohi seorang Auntie berbaju merah jambu ini yang setia memayungi penumpang bas turun seorang demi seorang ketika waktu hujan.
Dalam peristiwa dipercayai berhampiran Trellis Towers, Singapura, wanita itu membuatkan orang ramai kagum apabila beliau bermurah hati menadah payung untuk para penumpang bas yang turun di hentian tersebut sehinggalah pintu bas ditutup.
Video tersebut telah dikongsikan oleh laman Roads Sg di Facebook mereka.
The kampong spirit lives on in the hearts of some people.Saw this kind hearted lady using her initiative in sheltering…
Posted by ROADS.sg on Saturday, January 23, 2021
Berhati emas
Terima kasih Auntie
Sumber: Roads Sg