Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bangga, Jurutera Malaysia Reka ‘Speaker’ Untuk McLaren, Dapat Anugerah Paten

Sofea
Gambar Via Ruslin Tamsir
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Mengharumkan nama negara, jurutera dan perekacipta dari Malaysia, Ruslin Tamsir, telah mendapat pengiktirafan bagi rekaan paten pembesar suara untuk kereta McLaren.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, paten tersebut telah diterbitkan oleh European Patent Office pada 21 Oktober 2020.

Penglibatannya dalam projek McLaren Senna itu memperlihatkannya membangunkan konsep Mounting Arrangement For A Loudspeaker Grille: “Invisible” Locking Feature for Carbon Fiber Speaker Grille yang menggunakan teknologi pengancing atau fastening tanpa menggunakan skru atau sebagainya.

Gambar Via Ruslin Tamsir

Dengan usaha yang berterusan, beliau telah berjaya membangunkan teknologi ini dalam masa tiga bulan sahaja kerana waktu yang sangat singkat diberikan oleh pelanggan McLaren.

Tambahnya lagi, rekaan itu juga telah dihantar untuk ujian peringkat antarabangsa dan telah mendapat kelulusan daripada IATF-16949.

Dengan kelulusan itu, rekaan tersebut layak untuk dipasarkan. Ia telah digunapakai pada kereta McLaren Senna dan dipasarkan ke seluruh dunia.

Anak jati Kuala Lumpur ini juga telah mendapat royalti hasil daripada pengkomersilan kereta McLaren Senna tersebut.

Gambar Via Ruslin Tamsir

“Saya berasa sangat bangga sebagai anak Malaysia, semua hasil titik peluh dan usaha saya dihargai dan dipamerkan di peringkat antarabangsa,” katanya kepada SK.

Ruslin juga merupakan pengarah urusan bagi MQ Finique Sdn Bhd yang merupakan syarikat teknologi kejuruteraan tinggi terutama automatif.

Bersama dengan kumpulan jurutera di syarikat itu, sebuah prototaip bas elektrik berjaya dihasilkan.

Gambar Via Ruslin Tamsir

Dia juga menasihatkan anak-anak muda yang berminat dalam bidang ini agar jangan berputus asa dan selalu mendorong diri sendiri untuk sampai ke tahap lebih tinggi.

“Kita tidak akan berjaya tanpa adanya usaha, potensi diri yang sebenar akan dapat dilihat bila kita berjaya, jangan berputus asa,” katanya.

Sumber: Ruslin Tamsir