Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik
Penyanyi rap Korea, Iron dilaporkan telah meninggal dunia hari ini, lapor portal Soompi.
Menurut laporan tersebut, Iron ditemui dalam keadaan berdarah serta tidak sedarkan diri di kediamannya di wilayah Jung, Seoul pagi tadi.
“Kami telah dihubungi pengawal keselamatan tentang penemuan mayat Iron tersebut. Dia (sepatutnya) segera dibawa ke hospital, namun ajal menjemputnya dahulu.
“Buat masa ini, sama ada dia disyaki membunuh diri atau tidak, belum dikenal pasti lagi. Kami akan menyiasat punca kematiannya,” maklum jurucakap Balai Polis Jungbu Seoul.
Iron yang pernah bergelar naib juara dalam rancangan realiti Show Me The Money 3 pada 2014 lalu pernah didakwa atas tuduhan menyerang seorang remaja bawah umur yang tinggal sebilik dan mempelajari muzik bersamanya.
Untuk rekod, Iron juga turut pernah dipenjarakan pada 2018 atas kesalahan melakukan kekerasan terhadap pasangannya pada 2016 lalu.
Sumber: Soompi