Siakap Keli

(Video) Berang Telur Ayam Jatuh Harga, Peniaga Ini Buang Beratus Biji Telur Ayam Ke Semak

Pandemik Covid-19 yang melanda hampir seluruh negara di dunia, menyebakan ramai yang terkesan. Ada yang kehilangan pendapatan sehingga sukar menampung kehidupan keluarga.

Ada juga yang terpaksa mengikat perut akibat potongan gaji dan mengawal segala perbelanjaan demi kelangsungan hidup sehingga keadaan kembali stabil.

Tetapi, lain pula yang berlaku di negara jiran, Indonesia, apabila seorang lelaki bertindak membuang semua telur ayam yang berada di dalam kenderaannya ke dalam semak.

Memetik laporan merdeka.com, kejadian yang berlaku di Magetan, Jawa Timur ini disebabkan gara-gara rasa kecewa lelaki itu kerana telur ayam mengalami penurunan harga pasaran secara mendadak.

Sedangkan, peniaga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk makanan ayam yang melonjak naik tetapi tidak mendapat untung daripada modal yang dikeluarkan.

Orang ramai cuba menghentikan tindakan lelaki itu tetapi tidak diendahkan. Malah, dia terus membuang semua telur dari kenderaannya dengan jumlah yang banyak.

”Saya tidak mahu tahu, orang menawar dengan harga murah, sudah tak peduli, sudah buang semua,” kata lelaki tersebut.

Tindakan lelaki itu lantas menerima kecaman daripada warganet yang terkilan mengenangkan situasi yang berlaku di negara mereka.

Bukan sahaja berdepan wabak Covid-19, malah beberapa bencana seperti banjir dan sebagainya menyebabkan rakyat sangat memerukan bekalan makanan untuk terus hidup.

Sumber: merdeka.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.