Siakap Keli
Kredit: Express UK

Tular Imej Seakan Kapal Terbang Dipercayai Di Hutan Virginia Dikesan Melalui Google Maps

Google Maps telah menjadi platform penemuan pelbagai lokasi misteri di seluruh dunia. Daripada lokasi kes pembunuhan sehinggalah kewujudan objek misteri di tengah lautan, ia banyak menimbulkan tanda tanya warga maya.

Baru-baru ini, menurut Express UK, aplikasi ini sekali lagi menjadi tumpuan setelah kemunculan satu imej seakan kapal terbang dipercayai dikesan di sebuah hutan di Virginia, Amerika Syarikat (AS).

Dalam gambar yang dilaporkan tular di laman Reddit itu, imej kelihatan seakan sebuah kapal terbang dengan ‘warna-warni’ di tengah-tengah pepohon, membuatkan orang ramai tertanya-tanya andai ia terhempas di lokasi tersebut.

Bagaimanapun, sebahagian pengguna Reddit yang lain berkata, imej dalam gambar itu merupakan kapal terbang yang sedang bergerak, tulis Express UK.

“Seingat saya, satelit mengambil warna gambar yang berbeza secara berturutan, kemudian menindihnya, menjadikan (imej) RGB dan hitam putih pesawat di mana ia sedang bergerak dalam bingkai (frame) yang berbeza,” katanya.

Sementara itu, sebahagian pengguna lain juga percaya pergerakan satelit mungkin turut memainkan peranan kerana terhasilnya gambar tersebut.

Sumber: Express UK

Amira

Love yourself.