Siakap Keli

(Video) Mula-Mula Sedekah Air, Abam Askar Ini Patah Balik Belikan Pak Cik Makanan Buat Ramai Sebak

Hidup di dunia ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Setiap orang lain ujiannya. Namun, siapa kita untuk menidakkan kuasa Tuhan yang Maha Esa. Mungkin ada hikmah disebalik kejadiannya itu.

Seperti perkongsian video daripada pengguna laman Instagram, Maslianadin memuat naik satu video di laman Tiktoknya tentang satu situasi yang sememangnya orang akan menitis air mata apabila menonton.

Sifat murni dua orang askar menolong seorang pakcik tua sangat mengundang sebak ramai orang termasuklah anak kepada wanita ini.

Peristiwa kemarin hampa.. Kemarin kebetulan k. Mas ada cod.. Elok nak keluar tengok minyak keta pulak takdak. Bawa la si kakak teman sekali.

Sampai kat Caltex Bayan, baru dapat pam yang depan sekali pesan kakak dok sat mama lama sikit kat dalam sebab nak transfer duit untuk stokis jamu. Habis dah semua isi minyak semua bagai masok jalan la kita pon..

Dok sat heran awat anak dara aku ni bersedih pulak..

Rupa-rupanya kata wanita ini, anaknya terlihat dua orang askar yang sangat prihatin membantu seorang pakcik di kawasan berdekatan mereka. Tak lama lepas itu, dia mula berkongsi video yang diambil oleh anaknya itu untuk memudahkan mana-mana individu yang ingin membantu pakcik tersebut.

Awat, kak kenapa ni dia kata mma taksat pakcik tu kesian dia p kat orang-orang semua org buat taktau kat dia pastu dia duduk kat McD tu dok sat abang askar lalu bagi dia ayaq (air) pastu depa jalan depa patah balik depa bagi makan pulak.

Kak sedih tengok tadi sebab semua buat taktau kat pakcik tu.

“Kalau ambik mai mama nak buat tiktok kita ucap tima kasih kat abg askar tu..bole ramai-ramai doakan abang-abang askar tu..dia pon hbaq ada la kak buat video sambil menangis tau..”

Sedihkan hampa mama dia yang dengar pon sebak nak nagis malu kat anak. Takpa nanti kita jumpa pakcik ni kita belanja dia makan..tu la kisah dia ampa kita dok rasa kita ni susah musim PKP ni ada lagi yang susah ampa..

Hampa tgk la video ni mmg sedih..terima kasih pada pemberi rezeki kami semua doakan rezeki abg-abang berdua melimpah ruah amin aminnnn…

 

Sumber: Maslianadin

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang