Siakap Keli

Ini Cara Mudah Asingkan Grup Telegram Ikut Folder, Uruskan Kelas PdPR Anak-Anak

Seperti semua sedia maklum, sesi persekolahan di seluruh negara pada tahun ini telah bermula secara PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah).

Pasntinya, ibu bapa berdepan cabaran yang besar dalam memastikan anak-anak mengikuti sesi pembelajaran dalam talian di rumah selain guru-guru yang bertungkus-lumus mengajar di hadapan skrin monitor.

Bagi memudahkan proses, para guru mewujudkan group di Telegram bagi menyampaikan sebarang maklumat, kerja rumah, nota, borang dan sebagainya kepada murid-murid.

Perkongsian oleh seorang ibu, Puan Nora’s Noraziyan, di laman Facebooknya ini mungkin boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa di luar sana dalam mengurus group Telegram anak-anak mengikut folder.

Bukan sahaja lebih kemas dan tersusun, namun ianya sangat praktikal kerana anak-anak mempunyai folder sendiri dan tidak bercampur dengan yang lain walau menggunakan satu telefon.

Cikgu-cikgu pun dah mula buat group TELEGRAM untuk memudahkan sesi pembelajaran. Kami anak tiga ni memang banyak group sekolah kena join. Mujur telegram ada fungsi FOLDER. Senang nak buat group untuk setiap anak. Kepada yang belum tahu, Nora tunjukkan caranya. Penerangan ada pada setiap gambar. Selamat menjadi ‘guru’ buat mak ayah. Harap mak tak jadi hijau.

Nota kecil :

Harap semua guru yang masih menggunakan wasup menukarkan kepada group Telegram. Ia lebih mudah diurus dan lebih efficient.

1) Klik pada FOLDER untuk ceate folder

FOLDER ibarat kotak besar untuk menyimpan buku

Kalian juga boleh create CHANNEL untuk menyimpan kerja sekolah anak. Channel ibarat buku nota. Boleh simpan gambar, video, file dan lain-lain dari dalam group yang kita sertai.

2) Klik Create Folder. Maksimum 10 folder dibenarkan.

Setiap folder letak nama anak atau apa-apa yang mak ayah mahu.

3) Klik ADD CHATS untuk group sekolah yang mak ayah dah join mengikut ketegori folder yang dicipta tadi.

NOTA : PASTIKAN NAMA FOLDER TIDAK TERLALU PANJANG MELEBIHI 12 HURUF (karang tak boleh nak SAVE) .

4) Group atau chats yang sudah dimasukkan didalam folder akan kelihatan seperti ini.

Senang mak ayah nak carik group anak yang mana satu. Tak perlu nak scroll semua chats. Kurang sikit pening kepala tu.

TUTORIAL CREATE CHANNEL

Channel berfungsi sebagai fail untuk menyimpan gambar, video dan info-info yang mak ayah mahu simpan utk kegunaan sendiri.

Caranya dengan FORWARD chats/info dari dalam group kelas kedalam channel kalian.

Semoga bermanfaat.

UPDATE : CARA MUDAH MASUKKAN GROUP/CHANNEL KEDALAM FOLDER

1. KLIK pada group yang dipilih
2. Klik 3 TITIK sebelah kanan atas
3. Pilih ADD TO FOLDER yang sudah kalian ‘create’

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.