Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terima Emel Berkenaan Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar ? KWSP Sahkan Ianya Palsu

Gambar: Bernama / Google

Putrajaya, 29 Jan – Orang ramai yang mendapat emel mengenai bayaran lebihan cukai i-Sinar diminta mengabaikan emel tersebut kerana ianya palsu.

Menurut kemaskini KWSP Malaysia, semua pengeluaran simpanan KWSP tidak dikenakan cukai. Malah, emel berkenaan hanyalah cubaan mencuri data peribadi ahli, tegas badan itu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemaskini semasa i-Sinar diingatkan agar merujuk kepada i-Sinar Online atau media sosial rasmi KWSP.

Sumber: KWSP Malaysia