Siakap Keli
Gambar: Super Healthy Kids, AsiaOne

“Jangan Kunyah Terlalu Laju,” Ini 8 Tips Nak Rasa Kenyang Dengan Hanya Sepinggan Nasi Ikut Konsep Suku Suku Separuh

Pasti ramai diantara kita yang sedang mengambil kesempatan di musim pandemik ini untuk menurunkan berat badan.

Ada yang mengamalkan gaya hidup sihat dan sebagainya dan ada juga yang sedang menjaga makan.

Untuk menjaga makan pula, kadang kala ada yang makan dengan kuantiti yang sedikit untuk mengelakkan daripada berat badan bertambah.

Namun begitu, jika hendak makan dengan kuantiti yang sedikit ini khuatir susah kenyang pula.

Justeru daripada itu, pakar nutrisi bernama Nutritionist Zaiza ada berkongsikan tentang tips untuk rasa kenyang dengan makan kuantiti yang sedikit. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Tips asas saya nak share mcmana nk rasa kenyang hanya dengan sepinggan nasi ikut konsep sukusukuseparuh (sss):

1. Sebelum makan , baca bismillah.

2. Kemudian, minum sedikit air masak (sedikit, maksudnya xsampai segelas).

3. Mulakan makan sayur yang kita dh sediakan dlm pinggan sss kita. Sesuap. Kunyah sederhana dan tidak terlalu laju.

4. Kemudian sesuap/setengah potong buah. Enjoy dlu kunyah sikit2 (Juga yang kita dah sediakan dlm pinggan sss kita).

5. Then rasa sikit lauk protein sesuap yang kita dh pilih tu. nikmati rasanya dan kunyah dgn tertib. Mungkin kita boleh berangan masa ni jadi juri masterchef utk mengkritik rasa masakan itu. Komen dgn gaya sekali.

6. Last, baru masukkan satu set nasi+sayur+lauk dlm mulut. Jangan kunyah terlalu laju. Habiskan yang dlm mulut baru tangan kita siapkan set baru utk suapan seterusnya sampai habis. Sopan santun sikit makan, kata nak kurus.

7. Bila dah habis satu pinggan sss kita, minum skit air (sip). Jangan lupa ucapkan Alhamdulillah. Sepatutnya masa ni perut kita dh cukup dapat makanan yang badan kita perlukan.

8. Tapi kalau masih panik smpi nak nangis rasa xkenyang, sila berborak dgn diri sndiri. Ckp kat diri sendiri utk bersabar. “Rileks la… 2 jam-3 jam kita akan makan lagi, jangan gelabah sgt perut”… nti perut jawab “ eh, xmemasal nk salahkan aku, aku dh kenyang, mata tu y buat hal xboleh tgk makanan”. … maka begitulaaaa pujuk diri sndiri. Kalau xboleh jgk,

Minum air masak n cuba distract buat perkara lain.

(Point penting kat sini adalah MASA. Ia ambil masa lebih kurang 20 minit utk perut kita bgtau otak y badan kita dh cukup makan dn kenyang. Jadi jangan makan terlalu laju. Makan dgn tenang,kunyah betul2)

ini langkah pertama utk kawal nafsu makan.

InsyaAllah.

Sumber: Nuitritionist Zaiza

Aqmal Ezany

I write what is right