Siakap Keli

(Video) Misteri Bunyi Letupan Terjawab, Penampakan Meteor Melintasi Ruang Udara Brunei

Semalam gempar tentang bunyi seakan-akan gegaran didengari di beberapa kawasan dipercayai di sekitar Sabah.

Bagaimanapun menurut laporan media negara jiran, Brunei Darussalam, bunyi tersebut didakwa adalah merupakan lintasan meteor yang melintasi ruang udara negara berkenaan.

Memetik kenyataan Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD), pada awalnya memaklumkan menerima banyak laporan awam tentang bunyi kuat di langit.

“Meteor telah dikesan memasuki ruang udara Brunei pada pukul 11 pagi (semalam).

“Saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi kuat dan asap,” maklum kenyataan tersebut.

Difahamkan, ramai berpeluang melihat fenomena spectacular bunyi guruh dari meteor yang hancur.

Gelombang letupan berkenaan didakwa didengari dan dapat dirasakan sehingga seluruh negara.

PABD memuat naik rakaman visual fenomena itu ke Youtube malam tadi.

Sumber: Youtube / PABD

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'