Siakap Keli

(Video) Selamba Tahan Bola, Viral Aksi “Ball Control” Pemain Cilik Dipercayai Dari Malaysia Persis Marcelo Real Madrid

Bagi kaki bola khususnya peminat gergasi Liga Sepanyol iaitu Real Madrid, pasti tak boleh lupa ‘momen’ best pemain ketika sepanjang perlawanan berlangsung.

Mengimbas kembali, ketika Real Madrid menentang Bayern Munich dalam satu saingan UEFA pada 2018 lalu, pemain pertahanan Madrid, Marcelo mencuri perhatian apabila membuat satu aksi menarik.

Dalam perlawanan tersebut, dia melakukan kawalan bola atau ‘ball control’ dengan menyambut kemas hantaran bola tinggi daripada pasukannya.

Momen terbaik ini disunting serta dimuat naik ke Youtube dan tular menjadi perhatian ramai sehingga ditonton hampir 200,000 kali setakat ini.

Bagaimanapun, aura Marcelo itu sebenarnya sudah tiba ke Asia apabila taktikal yang serupa itu berjaya dilakukan oleh seorang pemain muda.

Menerusi satu ciapan di Twitter AFC, kelihatan pemain cilik dipercayai dari Malaysia yang memakai jersi bernama Maro membuat aksi ‘ball control’ dengan begitu kemas.

Bukan itu saja, malah pemain yang menghantar bola pun berjaya melakukan sepakan dengan sangat tepat ke arah Maro.

Bagaikan Marcelo, ini aksi ‘ball control’ paling ‘power’ yang ada bagi pemain muda seperti Maro.

Teruja dengan aksi tersebut, ramai warganet melontar pandangan dan pujian masing-masing di ciapan itu.

 

 

 

 

 

Sumber: Twitter AFC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'