Siakap Keli
Gambar Via Bloomberg

Jeff Bezos Dilapor Akan Letak Jawatan Sebagai CEO Amazon

Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos, dilaporkan akan meletakkan jawatan pada suku ketiga tahun ini dan digantikan oleh Andy Jassy yang sekarang ini merupakan ketua eksekutif Amazon Web Services.

Menurut Bloomberg, Bezos yang merupakan pengasas kepada penubuhan Amazon akan menjadi Pengerusi Eksekutif.

Berita mengejutkan itu muncul ketika Amazon mengeluarkan hasil kewangan terbarunya.

Jutawan berusia 57 tahun itu mendirikan Amazon pada tahun 1994 dan menjadikan ia salah satu syarikat terbesar di dunia dengan kekayaan $ 185 bilion, lapor The Guardian.

Amazon yang bermula sebagai penjual buku dalam talian kini menjadi kekuatan dominan dalam pengkomputeran awan, bahan makanan, elektronik dan hiburan, dan mempunyai 1.1 juta orang pekerja.

Sumber: Bloomberg, The Guardian

Sofea

There's always another side to every story