Siakap Keli

Sebak, Jururawat Ini Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Tak Sempat Jumpa Anak Baru Lahir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Wabak pandemik Covid-19  di negara kita saban hari telah mengorbankan ramai mangsa. Ia tidak memilih sesiapa mangsanya, baik muda atau tua. Tidak kira lagi, mereka yang sanggup berkorban untuk negara. Ramai para ‘frontliner’ telah gugur dalam melawan pandemik ini.

Seorang lagi jururawat barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia.

Kisah ini dikongsikan oleh sahabat baik mangsa, Nadia Lah menerusi laman Twitternya.

Kak Tini,  Ketua Jururawat (Sister) baru sahaja menghembuskan nafas pagi tadi (semalam) kerana Covid-19. Beliau terpaksa lahirkan anak pra-matang ketika ‘berjuang’ dengan nyawa beberapa hari lepas. 

Allahyarhamah Artini baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai ‘Sister’ pada bulan lepas, kata Nadia semasa dihubungi tadi.

Bayinya masih lagi berada di NICU. Paling menyedihkan, dua anak beranak ini tidak sempat melihat antara satu sama lain.

Allahyarhamah Artini ini seorang jururawat yang sangat dedikasi dalam perkerjaannya. Bukan itu sahaja, beliau seorang ibu kepada 5 orang cahaya mata.

“Marilah kita sama-sama meringankan beban keluarga ini. “

Bacaan yasin dan tahlil akan diadakan secara atas talian. Lebih dari 200 orang mendoakan pemergiaan wanita hebat ini.

Beliau merupakan jururawat pertama yang menulis buku dengan kami. Kak Tini benar-benar seorang jururawat lagenda dan pemergiaan adalah satu kehilangan besar dalam bidang perubatan dan kejururawatan. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Illahi dan tenanglah di Sana. Untuk masyarakat Malaysia, patuhilah SOP dan jagalah penjarakan antara satu sama lain. Ingat, Covid-19 ini sangat bahaya dan jangan kita buat mudah dengan wabak ini.

 

Sumber: Nadia Lah

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang