Siakap Keli
Gambar: makassar_iinfo

(Video) Rakaman Motosikal Tiba-Tiba Bergerak Sendiri Sebelum ‘Rebah’ Atas Jalan Bikin Seram

Satu rakaman yang memaparkan sebuah motosikal bergerak dengan sendirinya telah menjadi tular di media sosial.

Rakaman yang dipercayai berlaku pada 30/12/2020 itu bermula dengan sebuah motosikal yang diparkir di sebuah jalan tanpa ada sebarang kelibat manusia secara tiba-tibanya bergerak seakan ada yang menggerakkannya.

Tidak dapat dipastikan sama ada enjin motosikal itu masih hidup semasa diletakkan di situ atau tidak namun pergerakannya agak misteri kerana tidak ada seorang pun manusia mahupun haiwan yang terlihat dalam video itu.

Berdasarkan pemerhatian seperti dalam bulatan merah, tidak terlihat individu ataupun sosok yang mengemudi kenderaan tersebut.

Justeru daripada itu, video tersebut telah menimbulkan persoalan tentang bagaimana kenderaan itu boleh bergerak dengan sendirinya.

Video tersebut lantas menjadi tular dan sehingga kini ianya telah mendapat sebanyak lebih 250 ribu tontonan.

Sumber: makassar_iinfo

Aqmal Ezany

I write what is right