Siakap Keli
Gambar Via Supplemania

Banyak Manfaat ‘Aloe Vera’ Yang Ramai Tak Tahu, Boleh Rawat Luka & Masalah Kulit

Menurut portal MyHealth, getah Aloe vera dijadikan sebagai kegunaan topikal untuk menyembuhkan  luka, lecuh, dan masalah kulit.  Kebaikan dan manfaat yang terdapat pada tumbuhan ini telah diamalkan sejak turun temurun.

Apakah kandungan yang terdapat dalam Aloe vera?

Kandungan yang terdapat pada getah ‘Aloe vera’

  • Vitamin (A, C, E B1, B2, B6, B12)
  • Enzim (amylase, bradykinase, aliiase, alkaline phosphatase, peroxidase, catalase, cellulose, lipase, carboxypeptidase)
  • Hormon (gibberellins, auxins)
  • Monosaccharide & Polysaccharides (aldopentose, cellulose, galactose, arabinose, galacturonic acid, glucose, mannose, xylose)

Manfaat getah ‘aloe vera’ pada kesihatan

(1) Mengurangkan plak gigi

Kerosakan gigi dan masalah gusi adalah perkara biasa yang sering berlaku. Penyusutan gusi sangat bahaya dan satu cara untuk mengelakkannya adalah dengan mengurangkan plak gigi.

Menurut satu kajian terhadap 300 individu, jus aloe vera memberikan impak yang sama dengan chlorhexidine. Ia mampu membunuh bakteria penyebab plak seperti Streptococcus mutans dan Candida albicans.

(2) Menyembuhkan ulser mulut

Ulser dalam mulut sangat memeritkan, lebih-lebih lagi ketika sedang makan atau minum. Satu kajian menunjukkan aloe vera atau lidah buaya ini mampu mengurangkan ulser dalam mulut.

Walaubagaimanapun, ia tidak mempunyai tahap keberkesanan yang sama seperti ubat ulser corticosteroids.

(3) Melegakan sembelit

Manfaat aloe vera memberi kesan dalam melegakan sembelit. Ini kerana kandungan lateks di dalamnya yang mampu memberi kesan yang dinamakan sebagai aloin atau barbaloin lantas melegakan sembelit.

Walaubagaimanapun, ia dikatakan tidak mampu merawat masalah perut yang lain dan kajian lanjutan masih diperlukan.

(4) Merawat luka

Bagi yang tak tahu, gel aloe vera atau lidah buaya telah digunakan sejak dari zaman dahulu kala lagi.

Satu rekod di The United States Pharmacopeia menyatakan aloe vera pernah digunakan sebagai sapuan pelindung kulit sejak 1810 – 1820 lagi.

Menurut pelbagai kajian pula, ia mungkin mampu merawat pelbagai jenis luka kecil yang disebabkan oleh berbagai-bagai punca termasuklah:

  • Luka akibat kemalangan
  • Luka akibat kebakaran
  • Luka akibat kerengsaan
  • Luka akibat demam campak/cacar air
  • Luka akibat bekas jerawat/jeragat

Sehubungan dengan itu, aloe vera sememangnya mampu membantu merawat pelbagai jenis luka untuk mengelakkan kegatalan, kemerahan dan jangkitan.

Selain itu, ia juga mengandungi polyphenols yang mampu melawan jangkitan bakteria terhadap manusia. Bukan itu sahaja, kebaikan aloe vera juga adalah sangat bagus untuk merawat parut yang terbentuk akibat luka.

Menurut satu kajian pada tahun 2009 terhadap 30 wanita berusia 45 tahun, sapuan gel lidah buaya pada kulit mampu meningkatkan penghasilan kolagen dan keregangan kulit selepas 90 hari.

Sumber: MyHealth, Medical News Today