Siakap Keli
Gambar Via Hidayah Adam

Dari 100kg Ke 57kg, Ibu Empat Anak Kongsi Tips Berjaya Turun 43 Kg Dalam Masa 11 Bulan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang mempunyai tujuan yang tersendiri apabila menurunkan berat badan termasuk untuk kelihatan lebih cantik dan yakin.

Walau apapun tujuannya, anda juga seharusnya perlu berniat untuk mengamalkan cara hidup sihat dan bukan untuk kelihatan ramping semata-mata.

Dalam pada itu, sememangnya bukan mudah untuk menurunkan berat badan terutama apabila perlu ‘berperang’ untuk menjaga pemakanan.

Kali ini, SK akan berkongsikan ‘perjalanan’ Hidayah Adam yang berjaya menurunkan berat badan dari 100kg kepada 57kg dalam masa 11 bulan.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, perkara pertama yang dilakukan oleh Hidayah adalah menjaga pemakanannya.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Assamualaikum dan selamat pagi, just nak share pengalaman saya turunkan berat badan dari 100kg kepada 57kg dalam masa 11 bulan. Saya 33 tahun mak kepada 4 anak,  journey saya start bulan 9 2019 dan berjaya dapat berat ideal masa PKP 2020. First thing saya buat adalah cut portion makan saya.. full bertukar kepada suku-suku separuh. Sekarang pun masih mengamalkan suku-suku separuh, bagi saya portion ini sangat-sangat terbaik dan bagus untuk tubuh badan kita. Jika tanya senaman hanya 2 jenis senaman sahaja saya lakukan

Gambar Via Hidayah Adam

1) Sukan muaythai

2) Bodyweight training

Saya lakukan senaman 3x seminggu selama 1 jam, kepada fighter yang sedang turunkan berat badan 1 je saya nak pesan kentalkan fizikal dan mental, aim untuk cara hidup yang sihat dan bukan untuk kurus semata-mata. Journey kita bukan stop bila kita dapat berat ideal tapi sepanjang kita hidup. Be healthy be fit! U can do it gurlz! 

Sumber: Hidayah Adam

Sofea

There's always another side to every story