Siakap Keli

TERKINI COVID-19: Sebanyak 3,847 Kes Baharu & Dukacita 12 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu twet di Twitter rasminya memaklumkan sebanyak 3,847 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini.

Ia menjadikan jumlah kes kumulatif adalah 238,721 kes dengan jumlah kes aktif pula adalah 50,894 kes.

Selain itu, sebanyak 1,692 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan kes sembuh kumulatif adalah 186,970 kes.

Manakala, sebanyak 12 kematian turut dicatatkan. Secara keseluruhan, sebanyak 857 kematian dilaporkan setakat ini.

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.