Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Lama Tak Bersua Kerana PKP, Ayah Tak Henti Menangis Rindukan Anak Cucu & Tanya Bila Nak Balik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika ini, segala perasaan rindu buat keluarga yang jauh di mata perlu dipendam buat seketika.

Mungkin boleh bertanya khabar dan menatap wajah melalui panggilan video namun ia tetap tidak sama kerana mereka tetap tidak berada di sisi.

Apatah lagi bagi ibu bapa yang berjauhan dengan anak-anak cucu, perasaan rindu dan sunyi itu bercampur.

Sama seperti perkongsian video oleh Ayreen Yusoff ini yang memperlihatkan bapanya menangis kerana terlalu merindui cucunya.

Menurut Ayreen, dia yang baru sahaja pulang dari pasar terkejut melihat abahnya menangis dan berkata bahawa dia merindui cucunya.

Sebaknya tengok abah macam ni

Menjengah ke ruangan komen, pastinya ramai yang sebak melihat video itu dan ada juga yang meluahkan rindu pada keluarga masing-masing.

Sumber: Ayreen Yusoff