Siakap Keli
Foto: Ain MN

Wanita Ini Ajar Cara Pemasangan ‘Ventilated Cat Litter Box’, Elak Rumah Berbau Najis Kucing

Tidak dinafikan bahawa haiwan peliharaan sentiasa mendapat perhatian terutamanya kucing. Namun ada beberap perkara yang merisaukan apabila memelihara kucing ini apabila satu rumah berbau najis kucing.

Bau yang tidak ‘enak’ ini semestinya menganggu emosi seseorang. tidak dinafikan najis kucing akan membuatkan satu rumah berbau busuk. Bau ini membuatkan tuan rumah kurang selesa.

Jadi, perkongsian daripada Ain Mn menerusi Grup Stray Cats Seluruh Malaysia ini akan menjaminkan keadaan rumah anda sentiasa bersih dan paling penting tidak berbau busuk.

Saya nak share idea “ventilated cat litter box” ni. Moga bermanfaat untuk semua cat owner especially yang duduk rumah condo atau apartment yang takde yard dan balcony. Yang ada laman, balcony & yard tapi nak extra wangi rumah pon boleh jugak apply idea ni.

Maaf ye, post maybe panjang sikit.

Mana-mana cat owner yang still ada problem rumah bau kucing walaupun dah bersihkan litter box 2 kali sehari setiap hari, dah tukar pasir, dah pakai air purifier but still, bau kucing dari litter box tu kuat sangat, boleh la try cara ni.

Cara ni sangat membantu anda untuk dapatkan environment rumah yang segar dan bersih walaupun ada litter box dalam rumah.

Untuk rumah yang takde yard atau balcony, boleh la guna idea sorok litter box dalam cabinet and then tebuk sikit lubang dekat cabinet untuk pasang ventilation fan ni dan halakan hose ke luar tingkap.

“Tapi janganlah terus hala ke tingkap jiran rumah sebelah pulak ya…”

Bau yang kurang menyenangkan dalam litter box akan disedut keluar melalui ventilation fan yang dipasang tadi. Tapi janganlah terus hala ke tingkap jiran rumah sebelah pulak ya. Halakan la ke kawasan yang tak mengganggu ketenangan sape2.

InsyaAllah memang dijamin takde bau. Kalau nak lagi best, boleh pasang carbon filter dulu (and pleaseee bersihkan litter box hari-hari ya walaupun dah pakai ventilation fan ni).

Saya dah buat ventilated litter cabinet ni untuk kucing-kucing saya dan saya letak di balkoni. Sebelum ni letak di balkoni juga tapi takde ventilation fan, so bau kucing tu still menusuk ke dalam rumah especially masa bangun pagi dari tidur or kalau kita keluar pagi balik petang ponn sama.

“Masuk-masuk je bau haruum (sapa ade problem yang sama?)…”

Sekarang since dah guna cara ni alhamdulillah dah takde masalah bau litter box satu rumah dah.

Dekat gambar bawah ni saya ada kongsi contoh ventilated cat litter box yang saya ambil dari google & yang saya dah buat untuk kucing2 saya juga.

Contoh 1

Contoh 2

Antara idea untuk sorok litter tray.

Saya guna cara ni dan pasang ventilation fan. Cuma saya tak letak cabinet dalam rumah, tapi letak di balcony.

Kalau nak letak dalam rumah, make sure install pet door tu ya untuk mengelakkan pasir bertaburan dalam rumah dan maximise sedutan bau busuk dalam cabinet tu. Sebab dalam rumah kan, kena lah extra bersih. Boleh beli di Mr Diy. Shopee dan Lazada pon banyak.

Ini yang litter cabinet yang saya sendiri buat.

1. PC fan. Kalau boleh beli yg 12V ye.

Saya beli size 12cm sebab size kipas tu sesuai dengan capacity cabinet saya tu.

2. Contoh hose yang sesuai

3. Pet door ni saya beli di Mr Diy.

Ada promo dapat rm6.50 je. Tapi ada satu size ni je. Kalau kucing gemok atau mainecoon confirm tak muat.

4. Macam ni lah bila dah tebuk lubang ikut size PC fan tadi.

Make sure pasang kipas ni betul-betul ya. Yang berangin belah luar. Lepas tu jangan lupa pasang jaring ni dekat belah dalam untuk elakkan kucing anda main dengan kipas ni.

Bahagian luar tu cantum dan sambungkan dengan hose. By the way, dont worry kipas ni senyap sangat.

Kat sini saya senaraikan barangan untuk buat ventilation fan ni. Gambar boleh rujuk di bawah.

1. Litter box bertutup @ cabinet

2. PC fan 12v (saya beli size 12cm dan dah siap ada usb. Kipas ni senyapp sangat kucing tak takut pon)

3. Usb adaptor 12v (pakai adaptor hp pon lepas)

4. Vacuum hose/aircond hose (beli size lubang yang muat untuk cover pc fan tadi)

5. Alatan untuk tebuk lubang kipas (dan pet door jika perlu untuk cabinet)

6. Pet door (saya beli dekat mr diy je).

 

Sumber: Ain Mn

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang