Siakap Keli

(Video) Rider Foodpanda Dilapor Meninggal Dunia Terlibat Kemalangan Berdekatan Masjid Raja Fi Sabilillah, Cyberjaya

Saban hari kes kemalangan jalan raya melibatkan penghantar makanan (delivery rider) hingga menyebabkan kematian kerap berlaku.

Semalam, laman Twitter Cyberjaya Info memaklumkan terdapat satu kemalangan melibatkan penghantar makanan Foodpanda dengan sebuah kereta.

Nahas tersebut didakwa dipercayai berlaku di satu lokasi berhampiran dengan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Bagaimanapun menurut laporan tersebut, mangsa didakwa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Gambar: Cyberjaya Info

Difahamkan, maklumat ini didapati daripada perkongsian Telegram Warga Cyberjaya.

Sementara itu, ada juga netizen dipercayai mungkin penduduk di sekitar sana yang turut menyaksikan kejadian tersebut.

Malah ada juga pernah berkongsi pengalaman yang hampir serupa dengan kejadian itu.

 

Semoga pengguna jalan raya di sekitar jalan tersebut akan lebih berhati-hati lagi selepas ini. Juga semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-oranf yang beriman.

Sumber: Cyberjaya Info

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'